Rabu, 5 Ogos 2015

Kenyataan Gereja Hillsong Mengenai Isu Hubungan Sejenis (Gay)


Kenyataan Gereja Hillsong oleh Senior Pastor Brian Houston
Ogos 2015

Saya ingin membetulkan laporan-laporan bahawa Gereja Hillsong mempunyai "satu pasangan yang mengaku secara terbuka hubungan sejenis (gay) dan memimpin koir" di gereja kami di Bandaraya New York. Pendirian Hillsong mengenai homoseks dan perkahwinan sejenis tidak pernah berubah dan konsisten dengan Alkitab. Seperti yang saya pernah katakan sebelum ini, saya percaya bahawa ajaran Paulus adalah jelas mengenai perkara ini. Beberapa bulan yang lalu, apabila salah seorang daripada pemimpin koir kami membuat satu kenyataan umum yang tidak disangka mengenai pertunangannya dengan seorang lelaki yang kadangkala menyanyi dalam koir, ianya juga adalah kejutan yang sesungguhnya kepada kami juga. Saya telah difahamkan bahawa mereka tidak lagi terlibat dalam kepimpinan aktif atau dalam peranan pelayanan sejak masa itu. Dengan mengatakan itu, kami masih mengasihi mereka dan mengakui bahawa mereka - seperti setiap kita - adalah dalam satu perjalanan, dan peranan kami sebagai satu gereja ialah membantu mereka dalam perjalanan ini dengan kasih karunia dan belas kasihan.

(Diterjemah daripada kenyataan akhbar Hillsong Church bertakuk "Hillsong Church Statement By Senior Pastor Brian Houston" bertarikh 4 Ogos 2015)

Baca juga:  Adakah Saya Mengasihi Orang-Orang Gay? - Ps Brian Houston