Memaparkan catatan dengan label Hari Jadi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hari Jadi. Papar semua catatan

Selasa, 7 November 2017

Anne Graham Lotz: Selamat Hari Jadi, Daddy!


Oleh: Anne Graham Lotz:

Pada hari ini, 7 Nov 2017, ayah saya mencapai usia 99 tahun. Dan dengan itu, dia akan masuk ke dalam tahun ke-100nya. Saya fikir saya boleh wakili seluruh keluarga bila saya katakan bahawa kami semua kagum ... dan sangat bersyukur ... bahawa dia masih bersama kami. Ibu saya telah berpindah ke syurga, tempat yang Yesus katakan sebagai rumah Bapa kita, 10 tahun yang lalu. Dan saya sendiri, tidak pernah membayangkan bahawa Daddy akan terus hidup tanpanya, apalagi hidup jauh lebih lama daripadanya. Sungguh berharga sekali 10 tahun yang baru berlalu ini untuk menikmati kehadirannya, yang sering disertai humornya, doa-doanya, kefahamannya, kisah-kisahnya, dorongannya dan kasihnya. 

Selamat Hari Jadi, Billy Graham: Penginjil Terkemuka Dunia Mencapai Usia 99 Tahun


Billy Graham telah mencapai usia 99 tahun pada hari ini (Selasa), setelah menghabiskan tiga perempat daripada hidupnya mengkhabarkan Injil. Dia memulakan tahun yang ke-100nya sebagai salah seorang lelaki yang paling dikagumi di Amerika.