Memaparkan catatan dengan label Pedoman Harian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pedoman Harian. Papar semua catatan

Jumaat, 8 April 2022

Mengikut Yesus Ke Kayu Salib


Sempena Paska pada tahun ini, Pedoman Harian telah menyediakan laman web yang mengandungi renungan dan bacaan lain. Mari mengikut Yesus ke jalan salib dengan merenungkan 12 hari renungan yang berlaku sepanjang tujuh hari terakhir Yesus di bumi.

Khamis, 3 Mac 2022

David Suchet, Pelakon Paling Terkenal Hercule Poirot Merakamkan Audio Seluruh Alkitab


Pada tahun 2013, pelakon British, David Suchet sedang menjalani penggambaran episod TV terakhir sebagai Hercule Poirot, iaitu detektif Belgium kegemaran Agatha Christie, penulis novel jenayah. Dia juga membintangi pertunjukan pentas ketika dia memainkan “watak paling utama dalam hidupnya.” Antara projek-projek tersebut, dia merakam versi audio seluruh Alkitab bahasa Inggeris, daripada kitab Kejadian hingga Wahyu dengan 752,702 patah perkataan selama lebih daripada 200 jam.

Ahad, 2 Disember 2018

Pedoman Harian 2019 Sudah Diterbitkan!


Puji Tuhan! Buku Pedoman Harian Edisi Tahunan 2019 berjaya diterbitkan. Semoga buku renungan harian yang merangkumi 365 artikel ini dapat memberkati anda dan orang kesayangan anda, membantu para pembaca menjalinkan hubungan rapat dengan bapa di syurga dan memperdalam pengenalan anda terhadap Tuhan dengan cara yang mudah. Sebuah buku dijual pada harga RM 10. Sila layari laman https://goo.gl/JFx9pA.

Isnin, 9 Julai 2018

Kesaksian Siellah Supin Mengenai Pedoman Harian


Kesaksian saudari Siellah Supin:

Hai! Shalom!

Nama saya Siellah Supin, saya berasal dari Ranau Sabah. Hari ini saya ingin mengongsikan sedikit mengenai Pedoman Harian. Saya sudah menggunakan Pedoman Harian ini sejak tahun 90-an atau yang jelasnya sejak saya remaja lagi. Oleh itu, saya sudah menggunakan Pedoman Harian ini lebih dari 10 tahun.

Khamis, 19 Oktober 2017

Senarai Pengedar Pedoman Harian dan Buku-Buku Discovery House Di Sabah & Sarawak


Discovery House adalah penerbit Pedoman Harian dan buku-buku Kristian di Malaysia. Anda boleh membeli buku-buku itu di pejabat mereka di Johor Baru, Subang Jaya dan Kota Kinabalu atau melayari http://dhdmalaysia.com/, anda juga boleh berkunjung ke senarai pengedar ini yang terdekat dengan anda.

Isnin, 14 November 2016

Rabu, 6 April 2016

Corat-Coret: Antara "Tukang Besi" dan "Pandai Besi"


Apakah bezanya antara "Tukang Besi" dan "Pandai Besi"? Dari segi makna, sebenarnya tidak ada bezanya. Kedua-duanya merujuk kepada pekerjaan yang sama  yang satu dalam Bahasa Malaysia dan satu lagi dalam Bahasa Indonesia. 

Khamis, 31 Mac 2016

Corat-Coret: Mengapa Penterjemahan Itu Penting

Pedoman Harian boleh didapati dalam bentuk buku (kiri) atau melalui internet (kanan)

Baru-baru ini saya mendapat suatu peringatan mengenai betapa pentingnya penterjemahan. Saya membaca catitan Facebook seorang kawan yang sedang memperkenalkan Pedoman Harian kepada kawan-kawannya. Dia mengulas bahwa, "Pedoman Harian mengandungi banyak artikel-artikel terjemahan yang bagus untuk dibaca."