Hai! Shalom!
Nama saya Siellah Supin, saya berasal dari Ranau Sabah. Hari
ini saya ingin mengongsikan sedikit mengenai Pedoman Harian. Saya sudah
menggunakan Pedoman Harian ini sejak tahun 90-an atau yang jelasnya sejak saya
remaja lagi. Oleh itu, saya sudah menggunakan Pedoman Harian ini lebih dari 10
tahun.
Mengapa saya menggunakan Pedoman Harian ini? Kerana saya
sangat tertarik dengan cara penyediaan Pedoman Harian dimana, dia ditulis oleh
ramai orang. Setiap hari ada orang yang berbeza yang menyediakan renungan
peribadi dan melalui kesaksian-kesaksian hidup mereka, saya dapat belajar
bagaimana mereka bertumbuh, bagaimana mereka melihat Allah itu sebagai Tuhan
yang sangat luar biasa didalam kehidupan mereka. Dan Saya bertumbuh secara
peribadi melalui renungan –renungan Firman Tuhan di dalam Pedoman Harian ini,
dan itu sangat menolong saya dan sangat memberkati kehidupan saya secara
peribadi.
Kita mungkin boleh menyediakan renungan harian melalui
pembacaan terus ke Alkitab. Tetapi seperti saya, ada banyak hal yang saya tidak
mengerti di dalam Alkitab. Kadang-kadang Pedoman Harian akan menjelaskan
sesuatu yang saya kurang faham dan itu membuatkan saya mengerti. Apa maksud
Tuhan, kenapa Tuhan menulis Firman Tuhan itu di dalam Alkitab? Oleh itu,
Pedoman Harian sebenarnya begitu kaya dengan cara mereka untuk mengekspresikan
Firman Tuhan itu didalam kehidupan mereka. Dan saya percaya apabila anda juga
menggunakan Pedoman Harian ini sebagai devotion setiap hari secara konsisten,
anda akan diberkati. Mulailah melakukan devotion setiap hari melalui
pertolongan Pedoman Harian.
Tuhan memberkati!
Begitulah kesaksian Siellah Supin. Bagaimanakah Pedoman Harian telah membantu anda dalam pertumbuhan rohani setiap hari? Hantarkan kesaksian anda kepada Pedoman Harian dari sekarang hingga 1 Ogos 2018 dalam bentuk video atau teks pendek melalui:
1. Whatsapp (012-3751718)
2. Facebook Messenger "Pedoman Harian"
3. malaysia@odb.org
(Diambil daripada catitan Facebook Pedoman Harian bertajuk, "Kesaksian Saudari: Siellah Supin" bertarikh 9 Julai 2018)
2. Facebook Messenger "Pedoman Harian"
3. malaysia@odb.org
(Diambil daripada catitan Facebook Pedoman Harian bertajuk, "Kesaksian Saudari: Siellah Supin" bertarikh 9 Julai 2018)