Oleh Neal Samudre:
Sebagai seorang kanak-kanak, aku selalu berimpian untuk mengubah dunia. Tetapi sekarang, aku tidak lagi menganggap impian itu sebagai realiti.
Keinginan untuk memiliki impian besar dan melakukan impak masih wujud dalamku, tetapi aku telah menenggelamkannya dalam fikiranku dan cenderung memikirkankannya sebagai satu fantasi.
Kita semua mahu menjadi orang yang mengubah dunia, tetapi kebanyakan kita akhirnya menganggap idea itu keanak-anakan dan tidak realistik. Mungkin kita berfikir bahawa kita tidak boleh melakukan banyak sebagai seorang individu, atau pun sumbangan kita terlampau kecil. Kita boleh menjadi berpuas hati, dan meneruskan hidup dalam kebiasaan sehari-hari kita dan melupakan gagasan bahawa kita benar-benar boleh meninggalkan impak.
Tetapi baru-baru ini aku mula mengubah pandanganku mengenai kehidupan. Aku menyedari bahawa ianya hanya satu pilihan untuk tidak membawa perubahan kepada dunia, dan satu pilihan yang kurang waras. Tidak ada keadaan yang sebenarnya dapat menghalang kita daripada membawa perubahan, samada ianya dalam kehidupan dua orang atau 2 juta orang, samada melalui penyumbangan waktu, bakat, wang dan pengaruh kita atau apa pun saja.