![]() |
| Christina (dua kiri) ketika mewakili Ketua Menteri merasmikan pesta berkenaan. |
KOTA KINABALU: Sabah mengalu-alukan Pesta Buku Terapung
Doulos Hope yang kini berlabuh di Jeti Selatan Pelabuhan Kota Kinabalu
selama dua minggu bermula, hari ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, kerajaan negeri sangat berbesar hati kerana kapal Doulos Hope memilih Kota Kinabalu sebagai destinasi terakhir.
