![]() |
Christina (dua kiri) ketika mewakili Ketua Menteri merasmikan pesta berkenaan. |
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, kerajaan negeri sangat berbesar hati kerana kapal Doulos Hope memilih Kota Kinabalu sebagai destinasi terakhir.
Katanya, mungkin ramai yang masih ingat, kapal Logos Hope
juga pernah berlabuh ke negeri ini pada November 2011 lalu.
“Pesta buku terapung ini pastinya memberikan kegembiraan
kepada penduduk di sini dan acara ini memang sangat dialu-alukan.
“Kami sangat berterima kasih kepada penganjur Pesta Buku
Terapung Doulos Hope ini kerana sekali lagi memilih Kota Kinabalu sebagai
destinasi pilihan,” katanya.
![]() |
Kapal Doulos Hope |
Hajiji berharap pelawat yang menaiki kapal Doulos Hope akan
menemukan buku pilihan yang dianggarkan lebih 2,000 tajuk termasuk sains,
perubatan, seni, bahasa, kepercayaan, hobi, memasak, sukan dan banyak lagi.
“Saya juga menjemput semua krew Doulos Hope yang terdiri
pelbagai warganegara untuk menerokai Sabah selama dua minggu mereka di sini,”
katanya.
(Diambil daripada artikel Utusan Borneo bertajuk, "Sabah Mngalu-Alukan Kehadiran Doulos Hope" yang ditulis oleh Hamzah Sanudin bertarikh 9 September 2023)