Memaparkan catatan dengan label Tokoh Penterjemah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tokoh Penterjemah. Papar semua catatan

Jumaat, 28 Jun 2019

Sejarah Terjemahan Kitab Bible Ke Dalam Bahasa Melayu



Artikel ini telah ditulis oleh penulis bukan Kristian, namun begitu terdapat maklumat yang berguna di dalamnya untuk pengetahuan kita. 

Percayakah anda jika kami katakan usaha menterjemahkan kitab Bible ke dalam Bahasa Melayu sebenarnya sudah pun bermula sejak abad ke 16 lagi?

Sabtu, 14 Oktober 2017

Catitan Kenangan Untuk Leah Cubit - Daripada Ray & Evelyn Cunningham


Oleh Ray Cunningham:

Kawan lama kami rakan BEM kami, Leah Cubit, Pendita Ubong telah kembali kepada Tuhan pada 9 pagi Khamis lepas 12 Oktober, pada usia 93 tahun. Ianya adalah suatu penghormatan untuk melayani bersama Leah Cubit dalam BEM di Sarawak. Kami melayani bersama di kalangan orang-orang Kayan dan suku-suku bangsa lain di kawasan Sungai Baram, Sarawak, mulai 1950an. 

Jumaat, 13 Oktober 2017

Leah Cubit, Misionari BEM dan Penterjemah Alkitab Bahasa Kayan Meninggal Dunia Pagi Tadi


Daripada Bob Teoh:

Kawan-kawan yang dikasihi,

Saya telah dimaklumkan oleh kawan-kawan saya, Oven dan Jenny Ford bahawa Leah Cubit, bekas missionari Borneo Evangelical Misison (BEM) telah kembali kepada Tuhan pada 9.00 pagi tadi di Toowoomba, Queensland. Leah pernah tinggal lama di Sarawak dan dalam tempoh itu telah secara seorang diri menterjemahkan seluruh Alkitab ke dalam Bahasa Kayan dengan bantuan pembantu-pembantu bahasa tempatan.

Rabu, 27 April 2016

Alkitab Terjemahan Baru - Sejarah dan Penerbitannya

Ramai yang menggunakan Alkitab Terjemahan Baru - buku dan digital

Terjemahan Baru adalah sebuah versi terjemahan Alkitab dalam bahasa Indonesia yang diselesaikan pada tahun 1974. Alkitab ini masih digunakan secara meluas hingga saat ini.

Ringkasan - Terjemahan Alkitab Ke Bahasa Malaysia / Indonesia

Dari kiri: Injil Matius (Ruyl, 1629), Perjanjian Baharu Berita Baik (1974), Alkitab  Berita Baik (1987)

Di antara tulisan-tulisan Kristian yang paling awal di tanah Nusantara adalah buku Kitab Salat as-Sawai (Kitab Doa dan Tafakur) yang disusun oleh seorang pengkabar Injil Portugis bernama Gregorio de Gregorus pada 1514. Buku ini diterbitkan di Fano, Itali di dalam tulisan Jawi dan mengandungi beberapa petikan Alkitab Vulgata yang diterjemahkan dari bahasa Latin ke bahasa Melayu. Tokoh-tokoh seperti Francis Xavier juga telah menyusun beberapa katekisme (buku soal-jawab agama) di dalam bahasa Melayu.

Jumaat, 20 November 2015

"Kami Berhak Menyimpan Warisan Nenek Moyang Kami" — Stemmah Sariau

Mendiang Pr. Stemmah Sariau

Beberapa tahun yang lalu, Pr. Stemmah Sariau telah menulis mengenai warisan penggunaan Bahasa Malaysia dalam kehidupan dan ibadah harian orang-orang Bumiputera Kristian dari Sabah dan Sarawak. Berikut ialah artikelnya yang telah diterbitkan oleh The Malaysian Insider pada 6 Januari 2010;

Khamis, 19 November 2015

Eulogi Untuk Pastor Stemmah Sariau (dari Pedoman Harian)


Eulogi untuk Pastor Stemmah Sariau (dari Pedoman Harian):

Kami telah menerima berita yang amat sedih bahawa Pastor Stemmah Sariau telah kembali kepada Tuhan pada pagi 18hb November 2015. Takziah diucapkan kepada Pastor Richard Samporoh dan tiga orang anak mereka, Lenny Lysandra, Kenny Kevin & Esther Rimah bagi kehilangan ini.

Rabu, 18 November 2015

Pr. Stemmah Sariau - Jasamu Tetap Dikenang

Pr. Stemmah Sariau dengan suaminya,  Rev. Richard Samporoh

Pr. Stemmah Sariau, isteri kepada Rev. Richard Samporoh telah meninggal dunia secara mengejut pagi tadi. Pr. Stemmah merupakan seorang yang sangat disayangi oleh jemaat gereja-gereja SIB khususnya dan masyarakat Kristian di Malaysia umumnya. Dia dan suaminya, Rev. Richard telah memain peranan penting merintis sidang-sidang gereja SIB di Semenanjung. Saya pertama kali mengenalinya sewaktu mengikuti kursus penulisan asas yang dikendalikannya untuk pemuda-pemudi Kristian di Petaling Jaya bertahun yang lalu. Dia telah bertugas sebagai  penterjemah untuk Alkitab Bahasa Malaysia, dan juga menjadi editor dan penterjemah Pedoman Harian. Berikut ialah catitan Facebook oleh Pr. Danil Raut, Presiden SIB Semenanjung yang telah dimuatkan petang tadi;

Isnin, 26 Oktober 2015

Kisah William Tyndale - Mati Demi Alkitab Terjemahan Inggerisnya Untuk Rakyat Jelata England

William Tyndale, orang pertama menterjemahkan Alkitab ke dalam
Bahasa Inggeris dari bahasa asal Ibrani dan Yunani

William Tyndale (1494-1536), seorang sarjana dan jurubahasa yang sangat berkebolehan, adalah orang pertama untuk menterjemahkan Alkitab ke dalam Bahasa Inggeris dari bahasa asal Ibrani dan Yunani. Tyndale ingin semua orang di England, dari budak yang membajak ladang sampailah kepada raja, untuk dapat membaca Firman Tuhan dalam bahasanya sendiri.