Pr. Stemmah Sariau dengan suaminya, Rev. Richard Samporoh |
Pr. Stemmah Sariau, isteri kepada Rev. Richard Samporoh telah meninggal dunia secara mengejut pagi tadi. Pr. Stemmah merupakan seorang yang sangat disayangi oleh jemaat gereja-gereja SIB khususnya dan masyarakat Kristian di Malaysia umumnya. Dia dan suaminya, Rev. Richard telah memain peranan penting merintis sidang-sidang gereja SIB di Semenanjung. Saya pertama kali mengenalinya sewaktu mengikuti kursus penulisan asas yang dikendalikannya untuk pemuda-pemudi Kristian di Petaling Jaya bertahun yang lalu. Dia telah bertugas sebagai penterjemah untuk Alkitab Bahasa Malaysia, dan juga menjadi editor dan penterjemah Pedoman Harian. Berikut ialah catitan Facebook oleh Pr. Danil Raut, Presiden SIB Semenanjung yang telah dimuatkan petang tadi;
Oleh Pr. Danil Raut:
Oleh Pr. Danil Raut:
Shalom teman-teman, khususnya yg dlm lingkungan SIB.
Kita teramat sedih kerna seorang hamba Tuhan, Pr. Stemmah
Sariau, isteri kpd Rev. Richard Sampuroh, telah meninggal dunia secara mengejut
sekitar pkl 8 pagi tadi. Menurut Rev. Richard, dia tidak ada menghidap sebarang
penyakit yg serius selain batuk-batuk dlm bebrapa hari kebklakang ini.
Pr. Stemmah (mendiang) merupakan Ketua Wanita SIB
Semenanjung sekarang selain menggembalakan bersama suaminya bebrapa greja lokal
di KL. Dia seorang penterjemah yg sangat diurapi Tuhan & diperakui. Sbgai
makluman, dialah yg menterjemahkan Alkitab GNB ke dalam BM.
Dia, bersama suaminya, yg merintis gereja kita SIB di
Semenanjung pd tahun 1993. Gambar ini adalah gambar sewaktu mreka suami-isteri
menerima penghargaan dari saya sewaktu SIB Semenanjung merayakan ulang tahun
ke-20 pd tahun 2013.
Pr. Stemmah, we will surely miss you. You have started well
& finished well! All glory be to God!
P/s: Ada kebaktian di rumah mreka mlm ini. Jenazah hanya
diterbangkan ke KK pd pagi Jumaat. Yg mahu bri penghiburan kpd Rev. Richard
& kluarga masih boleh ke sana esok. TQ