Penonton-penonton memasuki padang selepas mendengar berita mengenai pengeboman itu |
Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua kerana kasih dan sokongan anda semasa apa yang kini digelar sebagai serangan menggerunkan (terror attack) paling teruk di tanah Perancis dalam sejarah negara ini. Orang-orang dari sekeliling dunia telah menyampaikan rasa kesatuan mereka dengan kami. Dan kami sangat-sangat berterima kasih untuk itu.
Berita terkini yang telah kami terima adalah 129 orang telah mati dalam pembunuhan beramai-ramai itu. Lebih daripada 350 orang telah tercedera, 99 orang daripadanya dalam keadaan parah. Saya telah mendengar daripada pihak ketiga bahawa seorang daripada 99 itu telah meninggal dunia, tetapi saya belum dapat mengesahkan perkara itu.
Suatu kisah perlindungan Tuhan telah timbul dari antara suasana ratapan dan membawa pengharapan kepada hati kami. Tiga bom yang diletupkan berdekatan stadium bola sepak kebangsaan semuanya dilakukan oleh pengganas kamikaze (bunuh diri), yang diperlengkapi dengan tali pinggang bom. Perlawanan persahabatan antara Perancis dan Jerman telah menarik lebih 80,000 penonton, di antaranya Presiden Perancis dan menteri hal ehwal luar negeri Jerman. Seorang anggota gereja kami juga ada di kalangan penonton perlawanan itu.
Perlawanan itu sedang berjalan rancak apabila penganas pertama meletupkan tali pinggangnya, membunuh seorang yang sedang berlalu di situ. Stadium itu, yang hanya 15 minit perjalanan kaki dari gereja kami, di kelilingi oleh kedai-kedai, pawagam-pawagam, restoran-restoran dan apartmen-apartmen. Iannya kawasan kejiranan yang rancak. Namun kelihatannya seperti pengganas itu telah memilih satu-satunya lokasi di mana dia boleh lakukan kemusnahan yang paling sedikit.
Lebih kurang 5-7 minit kemudian, pengganas yang kedua telah meletupkan tali pinggangnya, dan membunuh hanya dirinya sendiri. Dan berminit-minit kemudian, pengganas yang ketiga telah pergi ke lorong belakang, jauh daripada orang yang lalu-lalang dan meletupkan tali pinggangnya, membunuh hanya dirinya. Seorang lagi ahli gereja kami hanya tinggal satu blok dari mana salah seorang pengganas itu mengambil nyawanya sendiri, dalam cuaca suam malam hari Jumaat, dia dan anak lelakinya mungkin saja keluar berjalan-jalan atau pergi ke restoran untuk mendapatkan ais krim.
Tiga bom diletupkan oleh pengganas berdekatan stadium kebangsaan Perancis, Stade de France |
Walaupun kita tidak akan tahu dengan sebenarnya mengapakah pengganas-pengganas itu telah meletupkan tali pinggang mereka pada waktu yang mereka letupkannya, saya ingin menyatakan di sini bahawa gereja kami telah mengadakan doa hampir setiap hari di bangunan kami, yang hanya perjalanan pendik berjalan kaki dari stadium. Gereja kami ialah gereja yang terdekat dengan stadium. Kami sangat menyedari kesan doa-doa khusus dan kami selalu berdoa untuk kejiranan kami. dan kami juga sering ada pasukan penginjilan yang mengunjungi kawasan-kawasan itu.
"Seorang lelaki yang memakai tali pinggang bom telah dilaporkan terhalang daripada memasuki stadium selepas pemeriksaan keselamatan yang rutin mengesan bahan letupan itu. Menurut The Wall Street Journal, lelaki itu telah berundur dari pegawai-pegawai keselamatan dan meletupkan bahan letupan itu. Pengebom itu dan seorang yang sedang berlalu di situ telah terbunuh." – Laporan BBC, 16 Nov 2015.
Pada pagi Sabtu, sementara pelajar-pelajar Sekolah Alkitab kami berkumpul di gereja, tanpa mengendahkan perintah Polis untuk duduk di rumah, kami menumpukan diri kami untuk berdoa bagi kota dan negara kami. Tuhan menyatakan kepada kami bahawa terdapat pengganas-pengganas yang berkaitan dengan tragedi ini, dan bahawa terdapat lain-lain sel pengganas yang aktif di Perancis. Jadi kami mulai berdoa agar selubung kegelapan mereka akan disingkap dan semua orang yang terlibat dengan tindakan yang kejam ini akan didedahkan.
Kami mendapat tahu pagi ini bahawa tiga orang telah ditangkap berdekatan Brussels berkaitan dengan peristiwa ini. Tetapi kami percaya terdapat ramai lagi.
Kami menyeru kepada rakyat Perancis untuk mengadakan doa dan puasa empat hari untuk negara kita, dari Isnin ke Khamis (Nov 16-19). Saya mengundang anda untuk menyertai kami. Doakan untuk perkara-perkara ini:
1. Kita berdoa untuk rahmat dan belas kasihan Tuhan dicurahkan ke atas mereka yang telah kehilangan seorang ahli keluarga, kawan, rakan. Kita berdoa agar kejahatan ini diubah menjadi satu gelombang keselamatan untuk orang-orang Perancis.
2. Tuhan telah memberitahu kami bahawa terdapat lain-lain sel pengganas yang aktif di Perancis; kita berdoa agar mereka akan diketahui oleh pihak berkuasa dan tindakan sewajarnya diambil.
3. Dan akhirnya, kami percaya bahawa Tuhan telah memanggil kita untuk bertaubat atas kebisuan gereja sambil masyarakat kita telah mundur ke dalam kemerosotan moral. Kami percaya bahawa penerimaan cara hidup tidak bermoral sebagai sesuatu yang normal telah melenyapkan perlindunganTuhan atas negara kita. Dan Dia sedang memanggil kepada kita untuk bertaubat.
Pada sebelah malam hari Khamis, gereja kami akan berkumpul untuk doa syafaat secara bersama pada 7.30 malam waktu Paris (1.30 petang waktu New York). Kami sangat menghargai penyertaan anda bersama kami.
(Diterjemahkan oleh SDP daripada laman Robert and Kathryn Baxter bertajuk, "Miracles In The Midst Of Terror" bertarikh 15 November 2015)