Memaparkan catatan dengan label Ayat Alkitab. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ayat Alkitab. Papar semua catatan

Ahad, 17 September 2023

Adakah Mengajar Mengenai Persepuluhan Merupakan Ajaran Injil Kemakmuran?


Kebelakangan ini, saya melihat ada trend untuk melabelkan orang ini dan orang itu mengkhabarkan Injil Kemakmuran. 

Ini adalah cara mudah memburukkan seseorang yang lain dengan gelaran seperti itu.

Khamis, 27 Oktober 2022

Yohanes 3:16 Adalah Ayat Alkitab Paling Popular Menurut Banci Digital


Yohanes 3:16 adalah ayat Alkitab paling popular di dunia, menurut suatu banci digital oleh World Vision.

Ayat itu menyatakan, "Allah begitu mengasihi dunia sehingga menganugerahkan Anak-Nya yang tunggal supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa melainkan mendapat hidup kekal."

Rabu, 30 Mac 2022

Ketika Ayah Mertuaku Memberi Persepuluhan


Aku menyayangi mendiang ayah mertuaku. Dia seorang yang suka bercerita. Dia sering bercerita mengenai masa kecilnya ketika negara di bawah penjajahan Jepun. Pada waktu itu mereka semua perlu belajar Bahasa Jepun dan menyanyi lagu-lagu Jepun  di sekolah. Dia masih ingat sekerat dua lagu Jepun yang telah dipelajarinya.

Jumaat, 8 Januari 2021

Salah Faham Jesus Bukan Tuhan Berdasarkan Bible!


Adakah Markus 10:18 menafikan keilahian Yesus?

Umat Kristian berpegang kepada kepercayaan bahawa Yesus itu Allah. Bahkan, kepercayaan ini adalah kepercayaan yang paling penting bagi Kristian. Tetapi, keilahian Yesus sering dipersoalkan, dan salah satu hujah yang sering kita dengar untuk menafikan keilahian Yesus Kristus ialah bahawa Yesus sendiri menafikan dirinya Allah. Mereka akan merujuk kepada injil Markus 10:17-18 dan berkata, "Hah! Inilah buktinya Yesus sendiri menafikan keilahiannya!" Jadi, Betulkah Markus 10:18 menafikan keilahian Yesus? Mari kita kaji sama-sama.

Jumaat, 28 Ogos 2020

Pemimpin-Pemimpin Gereja Beritahu Ahli Parlimen PAS, Kristian Tidak Melarang Minum Wain, Tetapi Mengutuk Kemabukan

Rev Clarence Devadass

KUALA LUMPUR, 28 Ogos - Kristian tidak melarang minum arak tetapi hanya mengutuk kemabukan, pemimpin-pemimpin gereja berkata hari ini sebagai respon kepada seorang ahli parlimen PAS yang mendakwa semua agama melarang peminuman arak.

Ahad, 5 April 2020

Ulasan Buku: Seorang Gembala Melihat Pada Mazmur 23 (Bahagian Ke-2)



Bab 7: Sekalipun Aku Berjalan Dalam Lembah Kekelaman - Keller menjelaskan dengan baik kepentingan lembah dalam kehidupan seorang Kristian seperti juga untuk domba. Dia menyatakan hakikat bahawa kita tidak dijanjikan kesenangan hidup setiap hari. Kita hanya akan sampai ke tempat lebih tinggi dengan melalui lembah-lembah. 

Ulasan Buku: Seorang Gembala Melihat Pada Mazmur 23


Saya telah membeli buku ini sebagai sebahagian daripada "Trilogi Gembala" oleh W. Phillip Keller. Buku-buku yang lainnya adalah Seorang Gembala Melihat Pada Gembala Yang Baik dan Seorang Gembala Melihat Pada Anak Domba Allah. Keller adalah sebenarnya seorang gembala dan dia membantu kita memahami banyak petikan Alkitab yang menyebut mengenai Yesus sebagai Gembala yang Baik dan pengikut-pengikut-Nya sebagai domba-domba-Nya.

Khamis, 20 Februari 2020

Hidupmu Istimewa!


Jam di dinding sudah 12.30 tengahari. Aku ke bilik tidur menyalin pakaian untuk keluar beli makanan bagi anak-anak di rumah. Aku berlutut berdoa sekejap di bilik sebelum keluar.

"Hidupmu istimewa!" begitulah kata-kata yang tercetus dalam fikiranku sambil aku memandu keretaku keluar rumah. Kata-kata itu seperti suatu inspirasi baru daripada Tuhan. Kehidupanku sungguh istimewa! Hidup setiap orang di muka bumi sungguh istimewa! Setiap orang unik dan istimewa. Tidak ada dua yang sama di dunia.

Ahad, 12 Januari 2020

Ketika Hamba Tuhan Mengangkat Jubahnya Dan Bersorak, Kuasa Tuhan Dinyatakan Pada Malam Pentakosta Di Sarawak


Salah satu sedutan video yang paling tidak dapat dilupakan dari tahun 2019 adalah sewaktu Malam Pentakosta di Padang Sukan Jubilee, Kuching pada 15 September 2019. Pada waktu itu Pastor Philip Mantofa telah mengangkat jubahnya sambil berkata, "Emas dan perak tidak kuberikan padamu, Sarawak. Apa yang kupunya emas dan perak tidak dapat beli, iaitu jubah urapan yang baru menjadi milikmu, especially young people."

Sabtu, 21 Disember 2019

Mimpi dan Penglihatan Dalam Kisah Krismas

Banyak peristiwa dalam Alkitab telah disertai mimpi dan penglihatan - termasuklah juga kisah kelahiran Kristus.


David Wilkerson pernah mengatakan, "Jangan pernah memandang rendah pada kuasa sesuatu mimpi." Sambil saya mengkaji kisah Krismas dalam kitab suci, saya tertarik dengan berapa banyaknya mimpi dan penglihatan telah disebut sekitar peristiwa agung ini.

Selasa, 22 Oktober 2019

Apakah Yang Perjanjian Baru Katakan Mengenai Peranan Wanita Dalam Pelayanan


Oleh Ben Witherington III:

Pasti sekali salah satu daripada topik paling kontroversi yang kita boleh bincangkan berkenaan apa yang Perjanjian Baru katakan mengenai wanita adalah berkenaan wanita dan peranan pelayanan. 

Jumaat, 13 September 2019

Lelaki Terkejut Pasu Yang Dibelinya Dengan RM5 Adalah Dulu Milik Seorang Maharaja China


Beberapa hari lalu, saya terbaca berita ini di suratkhabar The Star:

Seorang lelaki Britain terkejut besar apabila pasu yang telah dibelinya di kedai jimat cermat dengan harga 1 paun (RM5) rupa-rupanya bernilai 80 ribu paun (RM413,424) sebab ianya dulu dimiliki oleh seorang maharaja China, begitu dilaporkan Oriental Daily. 

Khamis, 13 Jun 2019

Rabu, 10 April 2019

Bilakah Yesus Dilahirkan?


Ada dua ketika yang jelas di mana umur Yesus telah disebut dalam Alkitab dan banyak kesimpulan dapat dibuat daripada rekod bersejarah pada waktu itu. 

Khamis, 28 Mac 2019

5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Bahasa Roh


Oleh Brian Alarid:

Tanpa ragu-ragu lagi, bahasa roh adalah kurnia rohani yang paling kontroversi dalam Perjanjian Baru. Adakah ianya daripada Tuhan atau daripada Iblis? Haruskah orang-orang beriman mengabaikannya, menentangnya atau menyambutnya? Ada banyak soalan yang berasas mengenai bahasa roh yang memerlukan respons yang berhikmah dan alkitabiah. Mari kita meneliti lima daripadanya:

Sabtu, 16 Mac 2019

4 Sebab Anda Harus Berfikir Seperti Semut


Pagi tadi saya terlihat artikel ini dan terus tertarik sebab dalam Alkitab, Amsal 6:6-8 mengajar kita untuk memerhatikan semut...

Bilakah kali terakhir anda melihat semut sampai ke suatu halangan dan berputus asa lalu tunduk kepala dan bergerak balik ke lubang semutnya untuk bersantai? Tak pernah.

Selasa, 12 Mac 2019

Tahukah Anda... Apakah Nilai 2 Wang Tembaga Janda Miskin Itu?


Kisah Janda Dengan Dua Wang Tembaga telah disampaikan dalam Injil (Markus 12:41-44, Lukas 21:1-4) di mana Yesus sedang mengajar di Bait Suci di Yerusalem. 

Kapal Terbang Berpatah Balik - Seorang Ibu Terlupa Bayinya Di Lapangan Terbang


Pagi tadi saya terbaca berita Gulf News mengenai sebuah kapal terbang yang terpaksa berpatah balik kerana seorang penumpangnya telah tertinggal bayinya di lapangan terbang. Penerbangan Arab Saudi  SV832  itu telah berlepas dari Jeddah untuk ke Kuala Lumpur pada hujung minggu lalu ketika juruterbang dimaklumkan keadaan itu. Juruterbang itu kemudiannya telah mendaratkan kembali kapal terbang di Jeddah untuk mempersatukan ibu dengan bayinya.

Ahad, 10 Mac 2019

Mimpi Profetik: Doa Anda Tak Menjadi Kerana Tak Disertai Iman


Oleh Bill Yount:

Dalam Roh, saya melihat banyak doa-doa sedang terangkat ke atas ke arah takhta Tuhan. Saya dapat merasa banyak daripada doa-doa itu sedang didoakan menurut kehendak Bapa yang sempurna. Banyak daripada doa-doa itu adalah agar kurnia, panggilan dan destini dijadikan nyata. Majoritinya adalah bungkusan-bungkusan doa untuk orang-orang yang tersesat, terutamanya ahli-ahli keluarga. Banyak daripada doa-doa itu terdiri daripada laungan keras, siang dan malam dengan berpuasa, yang telah menjadi beban berat dalam hati sejak bertahun-tahun. 

Ahad, 10 Februari 2019

Bagaimana Tuhan Bekerja Melalui Pengalaman Padang Gurun


Tuhan Memimpin Setiap Orang Percaya Ke Padang Gurun Pada Suatu Waktu Atau Ketika

Ya, mungkin tidak setiap orang percaya. Saya tidak dapat berikan suatu ayat Alkitab yang mengatakan itu. Tetapi dalam masa 30 tahun sebagai pastor, saya akan kata bahawa Tuhan memimpin kebanyakan orang percaya ke padang gurun pada suatu waktu atau ketika.