Khamis, 27 Oktober 2022

Yohanes 3:16 Adalah Ayat Alkitab Paling Popular Menurut Banci Digital


Yohanes 3:16 adalah ayat Alkitab paling popular di dunia, menurut suatu banci digital oleh World Vision.

Ayat itu menyatakan, "Allah begitu mengasihi dunia sehingga menganugerahkan Anak-Nya yang tunggal supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa melainkan mendapat hidup kekal."

Kajian global itu memeriksa data dari Keyword Explorer Tool di ahrefs.com untuk mendapatkan purata jumlah carian Google secara bulanan untuk 172 negara.

Ianya juga mengambil kira data carian Google dari negara ke negara untuk 100 ayat Alkitab paling banyak dibaca di laman bacaan Alkitab yang popular, Bible Gateway. 

Yohanes 3:16 mendapat carian bulanan yang jauh paling banyak di sekeliling dunia dengan 2.1 juta, diikuti oleh Yeremia 29:11 dan Filipi 4:13 bersama di tempat kedua dengan 82,000.

Yohanes 10:10 adalah di tempat ketiga dengan carian bulanan 73,000.

Dipecahkan mengikut negara Yohanes 3:16 adalah ayat Alkitab pilihan di Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Australia, Kanada, Nigeria, Afghanistan, India, Filipina, Somalia dan Etiopia.




Di negara-negara Amerika Selatan, orang paling kemungkinan mencari Kejadian 1:27, "Maka Allah menciptakan manusia menurut gambaran-Nya. Menurut gambaran Allah, Dia mencipta mereka, lelaki dan perempuan."

Tiga ayat Alkitab paling popular di United Kingdom adalah Yohanes 3:16 dengan 6,500 carian bulanan, diikuti oleh Yeremia 29:11 (2,000 carian bulanan) dan Yohanes 14:6 (1,900 carian bulanan). 

Kajian itu juga mendapati bahawa Yohanes 3:16 disebarkan secara meluas di media sosial. Hashtag #John316 dipaparkan dalam lebih 250,000 hantaran Instagram dan telah ditonton 55.9 juta kali di TikTok.

"Digambarkan pada 1961 oleh pengarang, The Gospel of John, A New Commentary, Paul T. Butler, sebagai 'piawaian emas Alkitab', ianya telah lama digunakan oleh pemimpin-pemimpin Kristian dan menerusi media, oleh itu tidak menghairankan bahawa ianya juga adalah ayat Alkitab yang paling banyak dicari," kata World Vision.

"Bukan saja ayat itu paling dicari di atas talian, tetapi ianya juga digunakan merentasi media sosial sambil orang ramai berkongsi berita terbaru dalam hidup dan iman mereka. Jadi tidak hairanlah ianya begitu sering dikongsikan kerana begitu ramai orang merasakan bahawa ianya mewakili dengan jelas iman Kristian."

10 ayat Alkitab paling popular di dunia:

  1. Yohanes 3:16 – 2,100,000 carian bulanan
  2. Yeremia 29:11 and Filipi 4:13 – 82,000 carian bulanan
  3. Yohanes 10:10 – 73,000 carian bulanan
  4. Amsal 3:5 – 58,000 carian bulanan
  5. Matius 28:19 – 50,000 carian bulanan
  6. Filipi 4:8 – 42,000 carian bulanan
  7. Filipi 4:6 – 37,000 carian bulanan
  8. Roma 8:28 dan Yakobus 1:3 – 33,000 carian bulanan
  9. Amsal 3:6 dan Efesus 2:8 – 32,000 carian bulanan
  10. Roma 3:23 – 27,000 carian bulanan

10 ayat Alkitab paling popular di UK:

  1. Yohanes 3:16 – 6,500 carian bulanan
  2. Yeremia 29:11 – 2,000 carian bulanan
  3. Yohanes 14:6 – 1,900 carian bulanan
  4. Yosua 1:9 – 1,800 carian bulanan
  5. Kejadian 1:1 – 1,600 carian bulanan
  6. Yesaya 41:10 dan Yohanes 10:10 – 1,500 carian bulanan
  7. Kejadian 1:27 – 1,100 carian bulanan
  8. Yohanes 16:33 – 700 carian bulanan
  9. Yesaya 40:31 dan Filipi 4:13 – 600 carian bulanan
  10. Kejadian 1:26 – 500 carian bulanan


(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Christian Today bertajuk, "John 3:16 is the World's Most Popular Bible Verse, According to Digital Survey" yang ditulis oleh Anthony Baxter bertarikh 22 Oktober 2022)