Sabtu, 22 Oktober 2022

Tuhan, Berilah Aku Kedamaian...


"Tuhan, berilah aku 

Kedamaian untuk menerima hal-hal yang aku tidak dapat ubah,

Keberanian untuk mengubah hal-hal yang aku dapat ubah,

Dan kebijaksanaan untuk membezakan keduanya."

- Reinhold Niebuhr (1892-1971)



Sejarah Doa Kedamaian (The Serenity Prayer)

Niebuhr telah menggunakan pelbagai versi doa ini secara meluas dalam khutbah-khutbah seawal 1934. Doa itu tersebar dengan cepat, seringkali tanpa memberi rujukan kepada Niebuhr, menerusi kumpulan-kumpulan gereja pada 1930an dan 1940an dan telah diterima pakai serta dipopularkan oleh Alcoholics Anonymous dan program-program dua belas langkah yang lain. Doa Kedamaian ini muncul dalam satu khutbah Niebuhr sebagai sebahagian daripada A Book of Prayers and Services for the Armed Forces (1994) , manakala Niebuhr sendiri pertama kalinya menerbitkannya pada 1951 dalam suatu ruangan majalah.



(Dipetik dan diterjemah daripada artikel Beliefnet bertajuk "Serenity Prayer")