Gereja Tuhan Yang Maha Kuasa (Quannengsheng dalam Bahasa Cina) adalah sebuah gerakan agama yang bersifat rahsia dan sesat secara teologia yang telah bermula di China pada 1991. Walaupun ianya telah diharamkan oleh Parti Komunis China oleh kerana pendiriannya yang anti-kerajaan, ianya masih terus bertumbuh dan dianggap sebuah kumpulan kultus hari kiamat yang berpengaruh.
Gereja Tuhan Yang Maha Kuasa juga dikenali sebagai "Eastern Lightning" (Kilat Timur), nama yang berdasarkan Matius 24:27: "Sebab sama seperti kilat memancar dari sebelah timur dan melontarkan cahayanya sampai ke barat, demikian pulalah kelak kedatangan Anak Manusia." Kumpulan ini percaya Allah sekali lagi menjadi manusia, kali ini sebagai seorang wanita Cina bernama Yang Xiangbin, yang juga menggelar dirinya "Lightning Deng" (Deng Kilat). Yang adalah ketua secara nama untuk Eastern Lightning, tetapi ketua sebenarnya kemungkinan adalah "imam besar" dan kekasihnya, Zhao Weishan, lelaki yang pertama sekali mengisytiharkan bahawa Yang adalah ilahi.
Yang Xiangbin (kiri) dan Zhao Weishan, pengasas Gereja Tuhan Yang Maha Kuasa |
Pada tahun 2000, Zhao Weishan dan Yang Xiangbin telah berpindah ke Amerika Syarikat, dan mereka kini menyelia kegiatan Gereja Tuhan Yang Maha Kuasa dari bandaraya New York. Yang Xianbin dipanggil "Kristus zaman akhir" dan "Tuhan Mahakuasa" dalam kepercayaan bahawa Yang adalah kedatangan kedua Kristus untuk menyelesaikan pekerjaan Allah.
Yang mengucapkan kata-kata yang dicatitkan sebagai Firman Tuhan untuk akhir zaman. (Walaupun Yang dilihat sebagai inkarnasi Allah, dia dianggap berbeza dari Yesus Kristus, yang merupakan inkarnasi yang berbeza dari Allah.)
Alkitab dianggap sebagai rekod yang sudah ketinggalan zaman mengenai pekerjaan Allah di waktu lepas. "Ianya tidak lebih daripada rekod bersejarah pekerjaan Allah dan kesaksian berkenaan dua tahap pekerjaan Allah yang sebelum ini, dan tidak memberikan anda pemahaman mengenai tujuan pekerjaan Allah." (dari laman web rasmi Eastern Lightning). Oleh itu, Alkitab adalah tidak mencukupi dan perlu disertakan dengan ucapan-ucapan Tuhan Mahakuasa, atau "Kristus akhir zaman".
Kumpulan ini mengajar bahawa dalam Perjanjian Lama, Allah dikenali sebagai Yehowa. Dalam zaman Perjanjian Baru, Allah dikenali sebagai Yesus Kristus. Kini, pada akhir zaman, Allah dengan sebetulnya dikenali sebagai Tuhan Maha Kuasa. Pekerjaan-Nya melalui Kristus wanita itu, adalah secara cirinya berbeza dengan pekerjaan yang dilakukan oleh para rasul. Walaupun Allah menggunakan rasul-rasul itu, mereka hanya dapat lakukan apa yang manusia yang telah dipanggil oleh Allah dapat lakukan. Gereja Tuhan Yang Maha Kuasa adalah pekerjaan Allah sendiri.
Menurut laman rasmi mereka, kumpulan itu "adalah sepenuhnya diasaskan secara peribadi oleh Tuhan Maha Kuasa sendiri, dan secara peribadi dipimpin serta digembalakan oleh-Nya, dan ianya tidak dengan apa cara pun ditubuhkan oleh manusia." Kini, dalam Zaman Kerajaan, Allah sedang menjalankan Penghakiman Takhta Besarnya. Semua denominasi dan kumpulan Kristian telah kehilangan Roh Kudus, dan kuasa-Nya sekarang semua tertumpu pada Gereja Tuhan Yang Maha Kuasa.
Gereja Tuhan Yang Maha Kuasa menolak Tritunggal, dan mengajar satu bentuk Modalisme. Bapa, Anak dan Roh Kudus dilihat sebagai tiga penjelmaan berbeza dari satu Allah, bukannya tiga Peribadi yang berbeza. "Tritunggal tidak wujud mana-mana di semesta alam. Alah tidak mempunyai Bapa, dan tidak mempunyai Anak, apa lagi mempunyai konsep satu alat yang secara bersama digunakan oleh Bapa dan Anak: iaitu Roh Kudus. Ini semua adalah kepercayaan salah yang terbesar dan tidak wujud mana-mana di dunia." (dalam laman yang telah disebutkan tadi)
Menurut ajaran Gereja Tuhan Yang Maha Kuasa, Yesus telah mengampuni dosa-dosa manusia pada Zaman Kasih Kurnia, tetapi penyelamatan-nya tidak lengkap, sebab sifat dosa masih wujud dalam manusia. Kini dalam Zaman Kerajaan, menerusi pengajaran Kristus akhir zaman, manusia akhirnya dapat dilepaskan dari dosa dan dibersihkan sepenuhnya. Keselamatan sejati ini, yang boleh diperolehi oleh mereka yang mentaati ajaran Tuhan Yang Maha Kuasa seperti dinyatakan pada akhir zaman. Adalah sukar untuk menentukan dari laman rasmi kumpulan itu apakah setepatnya yang memperbolehkan seseorang itu mencapai tahap terakhir keselamatan sejati itu. Kelihatannya bahawa perkara yang paling penting adalah untuk mempercayai ajaran-ajaran Gereja Tuhan Yang Maha Kuasa.
Gereja Tuhan Yang Maha Kuasa hadir di Hong Kong, New York, San Francisco, dan juga Tanah Besar China. (Mereka juga aktif di Indonesia menerusi laman web mereka "Injil Turunnya Kerajaan Tuhan" dan laman Facebook "Gereja Tuhan Yang Mahakuasa"). Terdapat laporan-laporan yang cukup mengganggu mengenai kumpulan itu menggunakan daya tarikan seks, penculikan, rasuah, membasuh otak dan peras ugut untuk memaksa anggota-anggota baru menyertai dan kekal dalam kumpulan itu. Kumpulan itu terutamanya mensasarkan suri-suri rumahtangga, orang-orang miskin dan gereja-gereja rumah di China, dengan pertamanya bersahabat dengan orang-orang Kristian dan secara perlahan-lahan berusaha menyakinkan mereka bahawa Yang Xiangbin adalah inkarnasi Allah (Allah menjadi manusia).
Pada 2002, anggota-anggota Kilat Timur didakwa menculik 34 pemimpin sebuah rangkaian Kristian bawah tanah, China Gospel Fellowship dan menahan mereka selama dua bulan. Pada Ogos 2014, lima anggota Gereja Tuhan Yang Maha Kuasa telah dibicarakan di mahkamah di Yantai, Shandong atas pembunuhan seorang wanita berusia 37 tahun di sebuah restoran - wanita itu dipukul mati kerana enggan menyertai kumpulan mereka. Pada Februari 2015, dua daripada lima orang tertuduh itu telah dijatuhkan hukuman mati untuk jenayah itu.
Kesimpulannya
Kesimpulannya, Gereja Tuhan Yang Maha Kuasa adalah sebuah kumpulan yang merbahaya yang menyangkal kecukupan kitab suci Alkitab dan menambahkan kepadanya dengan ajaran-ajaran tambahan, yang didakwa adalah ajaran-ajaran yang diilhamkan. Ajaran-ajaran baru ini datang dari seorang wanita yang dilihat sebagai inkarnasi kedua Allah dan yang menggelarkan dirinya sebagai Tuhan Yang Maha Kuasa. Tritunggal ditolak. Pengorbanan Yesus diperendahkan, dan pekerjaan-Nya di kayu salib dianggap tidak berkuasa untuk menyelamatkan sepenuhnya. Walaupun kumpulan itu secara mulut memberi hormat kepada pengorbanan Yesus, keselamatan yang sejati dan mutlak hanya dapat diperolehi melalui ketaatan kepada ajaran baru mereka.
Gereja Tuhan Yang Maha Kuasa diselubungi rahsia, dan anggota-anggotanya menggunakan cara-cara memaksa dan telah melakukan jenayah-jenayah yang teruk atas nama kumpulan mereka. Gereja Tuhan Yang Maha Kuasa menunjukkan semua ciri-ciri sebuah kultus, dan orang-orang Kristian harus memperhatikan amaran kitab suci Alkitab: "Orang-orang tertentu telah menyelusup di tengah-tengah kamu. Mereka adalah orang-orang fasik yang menyalahgunakan kasih karunia Allah kita untuk melampiaskan hawa nafsu mereka, dan menyangkal satu-satunya Penguasa dan Tuhan kita... Mereka adalah pemecah belah yang dikuasai oleh keinginan-keinginan dunia ini dan yang hidup tanpa Roh Kudus." Yudas 1:4,19)
(Diterjemahkan daripada artikel Got Questions yang bertajuk, "What Is The Church of Almighty God?")
Ajaran-Ajaran Sesat Gereja Tuhan Yang Maha Kuasa