Khamis, 14 Mei 2020

Lagu "Satu Suara" - Rakaman Live Dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak


Lagu kegemaran saya, "Satu Suara" telah direkodkan live baru-baru ini dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Lagu itu direkod dengan gandingan penyanyi dan pemain muzik, semuanya dari Malaysia.

Facebook Alejandro Tingzon Jr Jun menjelaskan bahawa dua orang dari Semenanjung, dua orang dari Sabah dan dua orang dari Sarawak telah sama-sama menghasilkan rakaman itu sesuai dengan tema lagu "Satu Suara." 



Video itu yang telah dimuat naik ke Facebook pada 27 April lalu telah mendapat lebih 20,000 tontonan setakat ini. 

Penyanyinya, Juwita Suwito, yang juga merupakan penyanyi asal lagu itu, menyanyikan dengan merdu dan bertenaga, diiringi pemain-pemain muzik handalan tempatan yang menggunakan gandingan menarik alat-alat muzik tradisi dan modern.

Penyanyi dan pemain-pemain muzik yang telah sama-sama menjayakan rakaman ini adalah: Juwita Suwito, Onel Luke, Melina William, Garry Yee, Hezekiah Asim dan Alejandro Tingzon Jr Jun. 

Lagu "Satu Suara

(Komposer: Juwita Suwito, 
Penulis lirik: Ps Matthew Singh)

Bapa, kami minta dari-Mu
Pulihkan negaraku
Satukan umat-Mu di negaraku Malaysia
Agar kemuliaan-Mu terpancar dari kami
Supaya dunia melihat kami
Satu dalam Engkau

Chorus:
Satukan kami dalam kasih Yesus
Satukan kami dalam kemuliaan-Mu
Pulihkan gereja-Mu agar perubahan
Terjadi sekarang ini di Malaysia

Verse 2:
Sekaranglah waktunya
Untuk kau dan aku bersatu
Untuk pemulihan negara kita Malaysia
Supaya dunia tahu gereja-Mu bersatu
Satu di dalam kasih Kristus
Satu di dalam Engkau

Bridge:
Sempurnalah sukacita-Mu dalam kami
Sehati, sefikir, sekata, seia
Dalam kasih Kristus

Gereja-Mu bersatu
(Repeat)