Sabtu, 9 November 2019

Sejarah Ringkas - Pengakuan Iman Rasuli


Pengakuan Iman Rasuli adalah satu daripada tiga pengakuan iman yang dianggap asasi untuk doktrin Gereja Kristian -- dua lagi adalah Pengakuan Iman Nicene dan Pengakuan Iman Chalcedon. Pengakuan-pengakuan iman ini telah membantu meneguhkan pola iman Kristian ortodoks sepanjang berkurun-kurun. Pengakuan Iman Rasuli adalah definisi awal iman sejati Kristian, yang dipercayai sesetengah orang berasal langsung dari Rasul-Rasul yang asal itu.

Ianya juga pernah digelar, "Simbol Rasul-Rasul."

Nama pengakuan itu datang dari faktor bahawa, dengan terdirinya dari 12 bahagian, ianya dipercayai kemungkinannya telah ditulis oleh 12 Rasul itu, setiap mereka dikatakan telah menyumbangkan satu bahagian di bawah inspirasi Roh Kudus selepas Hari Pentakosta. Kebanyakan ahli-ahli teologi kini menolak lagenda yang telah lama dipegang itu bahawa ianya adalah karya langsung dari Rasul-Rasul. Tetapi kebanyakan ahli teologi bersetuju ianya berasal dari zaman kerasulan, dan mencerminkan dengan benar, pengajaran rasul-rasul. 


Bukti sejarah paling awal kewujudan pengakuan iman itu seperti yang dinamakan ketika itu (Simbol Rasul-Rasul) adalah sepucuk surat Majlis Milan (390 TM) kepada Paus Siricius: 

"Bila engkau tidak memuji ajaran-ajaran para imam … biarlah pujian itu setidak-tidaknya diberikan kepada Simbol Rasul-Rasul yang selalu dilestarikan oleh Gereja Roma dan akan tetap dipertahankan agar tidak dilanggar."

Kemunculan pertama teks Latin masa kini adalah dalam De singulis libris canonicis scarapsus ("Concerning the Single Canonical Book Scarapsus") of St. Priminius, yang ditulis di antara 710-724 (J.N.D. Kelly, Early Christian Creeds, Longmans, Green & Co, 1972, pp. 398-434).

Teologi khusus pengakuan iman ini kelihatan asalnya telah dirangka untuk menyangkal Gnosticisme, satu ajaran sesat (bidat) yang awal. Ini dapat dilihat dalam hampir setiap frasa. Sebagai contoh, pengakuan iman itu menyatakan bahawa Kristus telah lahir, menderita dan mati di kayu salib. Ini kelihatan satu kenyataan yang bertentangan terus dengan ajaran sesat Gnostic, yang menyatakan Kristus hanya kelihatannya datang sebagai manusia, dan dia tidak benar-benar menderita dan mati.


Pengakuan Iman Rasuli digunakan secara meluas hari ini oleh sebilangan denominasi Kristian untuk kedua-dua tujuan liturgi dan pengajaran, paling ketara oleh gereja-gereja liturgi tradisi Barat.

Pengakuan Iman Rasuli dipandang tinggi oleh banyak gereja sebagai contoh pengajaran rasul-rasul dan sebagai satu pembelaan Injil Yesus Kristus. 

(Diterjemahkan daripada artikel CBN bertajuk, "History of The Apostles' Creed" yang ditulis oleh Craig von Buseck)