Biasanya berpuasa adalah menghindarkan daripada makanan untuk suatu jangka waktu. Terdapat beberapa jenis puasa dalam Alkitab, walaupun begitu, bukan semuanya melibatkan makanan. Ramai orang dalam Alkitab telah berpuasa, termasuk Musa, Daud dan Daniel dalam Perjanjian Lama dan Anna, Paulus, dan Yesus Kristus dalam Perjanjian Baru. Ramai tokoh-tokoh penting dalam sejarah Kristian mengesahkan kepentingan berpuasa, begitu juga ramai orang Kristian hari ini.
Puasa Alkitabiah seringkali berkaitan rapat dengan pertaubatan, seperti dalam contoh-contoh Daud, negara Israel dan kota Ninewe. Berpuasa itu juga berkaitan dengan doa bersungguh-sungguh, seperti dalam contoh-contoh Raja Yosafat dan Ratu Ester. Puasa Alkitabiah lahir dari kerendahan hati yang mencari Tuhan (Yesaya 58:3-7).
Puasa Biasa |
1) Puasa Biasa
Puasa biasa dilakukan dengan menghindari semua makanan, samada yang pejal atau cair, kecuali air. Itu adalah jenis puasa yang diperintahkan oleh Raja Yosafat ketika negaranya berhadapan dengan pencerobohan musuh (2 Taw 20:3). Yesus berpuasa selama empat puluh hari di padang gurun dan digoda oleh Iblis. (Lukas 4:2).
2) Puasa Separuh
Satu lagi jenis puasa alkitabiah adalah puasa separuh. Nabi Daniel menghabiskan tiga minggu berpuasa daripada makanan tertentu. Dalam Daniel 10, nabi itu berkata, "Pada waktu itu aku, Daniel, berkabung tiga minggu penuh: makanan yang sedap tidak kumakan, daging dan anggur tidak masuk ke dalam mulutku dan aku tidak berurap sampai berlalu tiga minggu penuh."
3) Puasa Sepenuh
Juga disebut dalam Alkitab puasa mutlak, atau puasa sepenuh, di mana tiada makanan dan minuman diambil. Apabila Ester mendapat tahu rancangan untuk pembunuhan semua orang Yahudi di Persia, dia dan orang-orang Yahudi berpuasa dari makanan dan air selama tiga hari sebelum dia memasuki ruangan raja untuk memohon belas kasihannya (Ester 4:16)
Tujuan berpuasa bukanlah semata-mata untuk mendapatkan respon Tuhan menjawab setiap permohonan kita. Berpuasa, samada secara biasa, separuh, atau sepenuh, adalah untuk mencari hati Tuhan, dan semua berkat dan faedah lain adalah kedua pentingnya berbanding dengan Tuhan itu sendiri.
(Dipetik dan diterjemah oleh SDP daripada artikel laman Got Questions bertajuk, "What Are The Different Types Of Fasting")
Puasa Separuh - Daniel |
Satu lagi jenis puasa alkitabiah adalah puasa separuh. Nabi Daniel menghabiskan tiga minggu berpuasa daripada makanan tertentu. Dalam Daniel 10, nabi itu berkata, "Pada waktu itu aku, Daniel, berkabung tiga minggu penuh: makanan yang sedap tidak kumakan, daging dan anggur tidak masuk ke dalam mulutku dan aku tidak berurap sampai berlalu tiga minggu penuh."
Puasa Sepenuh - Ester |