Rev Clarence Devadass |
Rev Clarence Devadass, pengarah Catholic Research Centre di diosis besar Kuala Lumpur, berkata gereja tidak menentang arak semata-mata tetapi penyalahgunaannya yang membawa mudarat.
"Hakikatnya, sedikit wain digunakan untuk perayaan Misa Katolik.
"Alkitab tidak melarang peminuman minuman beralkohol, tetapi kemabukan dengan jelasnya dikutuk dan dianggap dosa," dia memberitahu Malay Mail ketika ditanya untuk memberi respon kepada dakwaan Nik Muhammad Zawawi Salleh di Parlimen Rabu lepas.
Ahli Parlimen Pasir Putih itu yang mendakwa pernah mempelajari perbandingan agama membuat kenyataan semasa perbahasan mengenai pemandu mabuk dan dia juga telah memberitahu Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham, seorang Kristian, bahawa Yesus Kristus melarang peminuman alkohol tetapi Bible kemudian telah "dipesongkan."
"Secara keseluruhan, Bible mengajar bahawa nilai penguasaan diri dan kesederhanaan membuat kita mengelakkan segala jenis keterlampauan yang termasuk penyalahgunaan makanan, alkohol, rokok dan termasuk juga ubat.
"Tindakan tidak bertanggungjawab yang timbul dari penyalahgunaan sesuatu jenis bahan akan mengakibatkan rasa bersalah yang berat," kata Clarence.
Rev Hermen Shastri |
"Ianya telah digunakan untuk nilai perubatannya. Di negara-negara dengan iklim lebih sejuk, ianya membantu orang bertahan melalui musim sejuk tanpa adanya bilik yang berhawa panas.
"Tambah lagi ianya juga digunakan untuk perayaan-perayaan agama dan pergaulan sosial. Dalam kes di mana kebanyakan agama memandang tegas mengenai alkohol adalah kerana kecenderungan penyalahgunaan dan potensi ketagihan," katanya.
Hermen berkata Kristian hanya memberi amaran terhadap kemabukan dan pengikut-pengikutnya diingatkan untuk menunjukkan teladan yang baik kepada orang lain.
"Ahli Parlimen PAS itu tidak harus memaksakan pandangannya ke atas orang lain. Dalam masyarakat majmuk, kita perlukan pentadbiran yang rasional dan bukannya mengambil jalan pendekatan agama," tambahnya.
Tan Kong Beng |
"Saya tidak ingat samada dia menyebut mana-mana petikan Bible untuk menyokong dakwaannya," katanya mengenai Zawawi, dan menambah bahawa mereka yang biasa dengan ayat-ayat Bible akan tahu bahawa terdapat sebilangan petikan mengenai alkohol, tetapi yang memuji dan bukan melarangnya.
Tan menyebut beberapa contoh untuk menyokong kata-katanya, termasuk Mazmur 104, ayat 14 ke 15, yang mana ujarnya memperkatakan tentang keagungan Tuhan dalam penciptaan segala sesuatu.
"Antara perkara-perkara yang disebut dalam ayat-ayat tersebut, wain telah secara khusus diberi penekanan, dirujuk sebagai wain yang menggembirakan hati. Semua ini kita terima daripada Tuhan dengan kesyukuran," katanya.
Seperti dua orang paderi tadi yang telah dihubungi Malay Mail, Tan berkata peminuman alkohol bukanlah masalahnya tetapi peminuman berlebih-lebihan dan menyebut petikan-petikan lain dalam Bible yang mengatakan berkenaan itu.
"Tentu saja jika kita meminum wain secara berlebihan, ianya akan memalukan kita sebab kita mabuk, kehilangan pengawalan diri dan daya fikir kita secara rasional. Sesungguhnya Amsal 20:1 menyatakan peminuman wain yang berlebihan akan menyesatkan kita.
"Begitu juga dalam Efesus 5:18 mengajar kita agar tidak mabuk kerana wain tetapi sebaliknya dipenuhi dengan Roh Kudus," katanya.
Tan juga menyebut 1 Timotius 5:23 yang mengisahkan bagaimana rasul Paulus telah memberitahu rakannya yang lebih muda, Timotius dari Listra yang kemudiannya dijadikan santo, untuk tidak hanya meminum air tetapi juga sedikit wain ketika Timotius mengadu mengenai kesakitan di perut dan penyakit lain.
"Dengan itu, seperti yang anda dapat perhatikan, wain datang dari apa yang Tuhan berikan kepada kita, dan ini juga termasuk minuman-minuman beralkohol secara umum. Tiada larangan terus, yang ada cuma amaran.
"Saya berfikir bahawa adalah baik untuk setiap orang Muslim dan bukan Muslim untuk datang bersama dan saling mempelajari untuk keharmornian agama, Kita harus belajar daripada kitab suci satu sama lain, daripada kita berkata-kata secara tidak betul dan menyebut mengenai agama-agama lain tanpa pengetahuan yang banyak," kata Tan.
(Diterjemahkan daripada artikel Malay Mail bertajuk,"Church Leaders Tell PAS MP Drinking No Sin In Christianity As BIble Only Condemns Drunkeness" yang ditulis oleh Jerry Choong bertarikh 28 Ogos 2020)