Sabtu, 15 Ogos 2020

Gereja-Gereja Katolik Di Sarawak Memulakan Kembali Kebaktian Ibadah Hari Ini


KUCHING, 15 Ogos - Dengan Sarawak diisytiharkan sebagai zon hijau Covid-19, gereja-gereja Roman Katolik telah memulakan kembali kebaktian-kebaktian ibadah hari ini. 

Bishop Besar Kuching, Rev Fr Simon Poh dalam satu kenyataan hari ini menyeru kepada para jemaat untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan sosial dan juga penjagaan kebersihan tangan yang rapi, dan juga membawa bersama pembersih tangan dan penyembur ubat mereka sendiri.

(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Malaymail bertajuk, "Catholic Churches In Sarawak Resume Services Today" bertarikh 15 Ogos 2020)