Sabtu, 16 Mac 2019

4 Sebab Anda Harus Berfikir Seperti Semut


Pagi tadi saya terlihat artikel ini dan terus tertarik sebab dalam Alkitab, Amsal 6:6-8 mengajar kita untuk memerhatikan semut...

Bilakah kali terakhir anda melihat semut sampai ke suatu halangan dan berputus asa lalu tunduk kepala dan bergerak balik ke lubang semutnya untuk bersantai? Tak pernah.

Satu soalan lagi. Berapa banyakkah yang akan dikumpulkan oleh semut semasa musim panas sebagai persiapan untuk musim sejuk? Sebanyak mungkin yang dapat dikumpulnya. 

Bayangkan apa yang anda dapat capai jika anda tidak pernah putus asa dan sentiasa melakukan segala yang anda dapat.

Saya fikir semua orang harus mempelajari dari semut dan falsafah mereka - ianya mudah tetapi sangat berkuasa.

1. Semut Tak Pernah Putus Asa

Itu falsafah yang baik. Jika semut pergi ke mana-mana dan anda cuba menghalang mereka; mereka akan mencari jalan lain. Mereka memanjat ke atas, mereka memanjat ke bawah, mereka memanjat keliling. Mereka terus-menerus mencari jalan lain. Itu falsafah yang hebat, untuk tidak pernah berputus asa mencari jalan untuk sampai ke tempat yang anda harus pergi. 

2. Semut memikirkan musim sejuk sepanjang musim panas

Itu perspektif yang penting. Anda tidak boleh begitu naif untuk berfikir bahawa musim panas akan bertahan selamanya. Oleh itu semut mula mengumpulkan makanan musim sejuk mereka di tengah musim panas. 

Sebuah kisah kuno mengatakan, "Janganlah membina rumah anda di atas pasir pada musim panas." Mengapakah kita memerlukan nasihat itu. Sebab adalah penting untuk realistik, anda perlu memikirkan hujan ribut. Anda perlu merancang ke hadapan.

3. Semut memikirkan musim panas sepanjang musim sejuk

Itu sangat penting. Semasa musim sejuk, semut mengingatkan diri mereka, "Ini tidak akan bertahan lama; tak lama lagi kita akan keluar dari sini." Dan pada hari pertama cuaca suam, semut sudah keluar. Jika ianya bertukar sejuk semula, mereka akan terjun balik ke bawah, tetapi mereka akan keluar pada hari pertama cuaca suam. Mereka tak sabar untuk keluar. 

4. Semut berfikiran "segala-yang-anda-dapat-lakukan"

Berapa banyakkah yang semut akan kumpulkan semasa musim panas untuk persiapan musim sejuk? Sebanyak mungkin yang dia dapat. Semut tidak mempunyai kuota atau falsafah "cukup baiklah`" Mereka tidak mengumpulkan jumlah tertentu dan kembali ke lubangnya untuk berlepak. Jika seseekor semut itu dapat melakukan lebih lagi, dia akan lakukannya. Itu falsafah yang mengkagumkan, falsafah "segala yang anda dapat lakukan."

Jangan pernah berputus asa, pandanglah ke hadapan, kekalkan sikap positif dan lakukan segala yang anda dapat.

(Diterjemahkan daripada artikel Jim Rohn bertajuk, "4 Reasons You Should Think Like An Ant" bertarikh 15 Februari 2017)