Oleh Chuck Lawless:
Semalam saya telah menuliskan artikel mengenai bahaya-bahaya mempelajari teologi, dan saya telah memulakan artikel saya dengan kata-kata ini: "Terdapat juga bahaya-bahaya besar tidak mempelajari teologi." Saya menyedari bahawa orang-orang Kristian yang tidak mempelajari teologi juga mempunyai sistem kepercayaan mereka sendiri, dan saya tahu di mana dan bagaimana kita mempelajari teologi adalah berbeza-beza. Bagaimanapun, saya menjadi risau apabila kita memilih untuk tidak menangani usaha-usaha pembelajaran teologi. Jadi sebagai respon kepada seorang pembaca artikel semalam, berikut adalah beberapa bahaya yang timbul di fikiran:
1. Menerima begitu sahaja ajaran palsu. Secara jujur, ajaran-ajaran Kristian adalah sering sukar untuk dikuasai secara emosi (sebagai contoh, kesesatan manusia dan realiti neraka). Jika anda tidak merasa perlu mempelajari teologi, adalah mudah untuk menentukan kebenaran berlandaskan asas yang salah.
2. Membuat tanggapan bahawa tafsiran peribadi anda mengenai ayat-ayat suci adalah betul. Jika sedikit sahaja orang lain yang (atau sesiapa jua) yang pernah mencapai kesimpulan doktrin seperti anda, adalah baik untuk menimbangkan kembali pendirian anda. Pembelajaran akan membantu anda dalam proses ini.
3. Menjadi angkuh rohani mengenai betapa kurang perlunya anda mempelajari. Saya tidak kenal ramai, tetapi saya pernah mengenali beberapa pemimpin gereja yang melihat kurangnya pembelajaran mereka sebagai tanda pengetahuan besar rohani dalam pimpinan Roh Kudus. Sebenarnya mereka memandang rendah terhadap sesiapa pun yang merasakan perlu untuk mempelajari teologi.
4. Tidak bersedia untuk menghadapi isu-isu yang rumit. Perhatikan realiti kejahatan, umpamanya, di mana orang-orang Kristian pun perlu bergelut dengan sakit hati. Adalah sukar untuk membincangkan isu-isu ini dengan baik tanpa meluangkan sedikit waktu mempelajari teologi.
5. Mengulangi kesilapan teologi yang pernah dilakukan oleh orang-orang lain. Orang-orang Kristian sepanjang zaman telah berhadapan, membetulkan dan menangani masalah-masalah teologi. Pengetahuan mengenai isu-isu yang pernah timbul pada waktu dahulu akan membantu anda mengelak dari mengulanginya.
6. Membenarkan ajaran palsu menyusup ke dalam gereja anda. Musuh yang kita hadapi amat licik; dia menyusup ke dalam gereja menerusi guru-guru yang seperti "hamba-hamba kebenaran" (2 Kor 11:15). Sukar untuk menghadapi guru-guru itu jika anda tidak dapat mengenalpasti pembohongan mereka.
7. Tidak bersiap sedia untuk mempertahankan iman anda. Ternyata adalah penting untuk mengetahui apa yang kita percaya, tetapi juga penting untuk mengetahui mengapa kita percaya apa yang kita percaya. Orang-orang yang belum percaya jarang-jarang menerima kepercayaan kita semata-mata kerana kita mendakwa itu adalah benar.
8. Memandang ringan dosa dalam hidup anda. Secara jujur, sebilangan orang Kristian akan ingin dapat menyangkal keseriusan dosa mereka dan memberikan diri mereka izin untuk hidup sebagaimana yang mereka suka. Teologi yang kukuh adalah satu sebab mereka tidak akan sampai ke situ.
Apakah bahaya-bahaya lain yang anda dapat tambahkan?
(Diterjemahkan daripada artikel Chuck Lawless bertajuk, "8 Dangers In Not Studying Theology" bertarikh 26 Februari 2019)