Salah satu sedutan video yang paling tidak dapat dilupakan dari tahun 2019 adalah sewaktu Malam Pentakosta di Padang Sukan Jubilee, Kuching pada 15 September 2019. Pada waktu itu Pastor Philip Mantofa telah mengangkat jubahnya sambil berkata, "Emas dan perak tidak kuberikan padamu, Sarawak. Apa yang kupunya emas dan perak tidak dapat beli, iaitu jubah urapan yang baru menjadi milikmu, especially young people."
Dia berkata, "Di dalam nama Yesus, terimalah!" lalu bersorak. Ratusan para hadirin di padang itu langsung rebah ke belakang oleh kuasa Roh Kudus tanpa seorang pun yang menumpang tangan ke atas mereka.
Ribuan orang telah diajar Firman Tuhan dan dijamah oleh Roh Kudus selama dua malam acara Malam Pentakosta di Kuching itu.
Saya teringat kembali empat contoh seperti itu yang Tuhan telah lakukan menerusi hamba-hamba-Nya dalam Alkitab.
1. Musa mengangkat tongkatnya dan menghulurkan tangannya lalu membelah Laut Merah
Firman Tuhan kepada Musa... "Angkatlah tongkatmu, hulurkan tanganmu ke atas laut dan belahlah airnya..." Kemudian Musa menghulurkan tangannya ke atas laut, dan Tuhan menguakkan laut dengan angin timur yang keras semalam-malaman itu, sehingga membuat dasar laut untuk menjadi tanah yang kering. Air pun terbelah." (Keluaran 14:15-16, 21, AVB)
Musa mengangkat tongkatnya lalu menghulurkan tangannya dan Tuhan membelahkan Laut Merah.
Musa mengangkat tongkatnya lalu menghulurkan tangannya dan Tuhan membelahkan Laut Merah.
2. Elia melemparkan jubahnya kepada Elisa
Maka pergilah Elia dari sana, lalu didapatinya Elisa anak Safat yang sedang membajak. Ada dua belas pasangan lembu di hadapannya, sementara dia sendiri membajak dengan pasangan lembu yang kedua belas itu. Elia berjalan melalui dia seraya melemparkan jubahnya kepadanya. (1 Raja-Raja 19:19, AVB)
3. Elia memukul air dengan jubahnya dan membelah sungai.
Elia mengambil jubahnya, menggulungnya, dan memukulkannya ke air sungai itu. Maka air itu pun terbelah ke sebelah kiri dan kanan, lalu kedua-dua orang itu (Elia dan Elisa) menyeberang di tengah-tengah iaitu di atas tanah kering. (2 Raja-Raja 2:8, AVB)
4. Elisa memukul air dengan jubah yang diterima daripada Elia, dan membelah sungai.
Setelah dia (Elisa) mengambil jubah Elia yang terjatuh itu, dipukulkannya jubah itu ke air dan berkata, "Di manakah Tuhan, Allah Elia?" Apabila air itu dipalu, terbelahlah air itu ke sebelah kiri dan kanan, lalu Elisa pun menyeberang. (2 Raja-Raja 2:14, AVB)
Ternyata Tuhan masih menyatakan kuasa-Nya hari ini seperti di zaman dahulukala!
Marilah kita menerima jubah urapan daripada hamba yang diurapi Tuhan!
Seperti yang dikatakan Yesus kepada murid-murid-Nya;
"Sesiapa yang menyambutmu, menyambut-Ku juga, dan sesiapa yang menyambut-Ku menyambut Dia yang mengutus-Ku. Sesiapa yang menyambut seorang nabi kerana dia seorang nabi, akan menerima ganjaran seorang nabi. Sesiapa yang menyambut seorang yang benar kerana dia seorang yang benar, akan menerima ganjaran seorang yang benar." (Matius 10:40-41)