Bab 7: Sekalipun Aku Berjalan Dalam Lembah Kekelaman - Keller menjelaskan dengan baik kepentingan lembah dalam kehidupan seorang Kristian seperti juga untuk domba. Dia menyatakan hakikat bahawa kita tidak dijanjikan kesenangan hidup setiap hari. Kita hanya akan sampai ke tempat lebih tinggi dengan melalui lembah-lembah.
Namun begitu, gembala tahu jalannya. Kita tidak akan berhenti dalam perjalanan. Gembala akan memimpin kita melalui lembah-lembah. Orang Kristian harus merasa aman sebab, "Entah bagaimana, dengan cara yang nyaman, aku merasa yakin segalanya akan menjadi yang terbaik untukku, sebab Dia besertaku di lembah dan segalanya di bawah kawalan-Nya. Untuk mencapai keyakinan ini dalam kehidupan Kristian bererti telah memiliki sikap penerimaan secara senyap terhadap segala kesukaran. Itu bererti telah mencapai tahap lebih tinggi dengan Allah. Mengenali-Nya dengan cara baharu dan intim ini menjadikan kehidupan lebih tabah berbanding sebelumnya."
Bab 8: - Gada-Mu Dan Tongkat-Mu, Itulah Yang Menghibur Aku - Keller memberitahu kita bahawa ramai gembala modern membawa senapang dan tongkat tetapi gembala-gembala zaman dahulu diperlengkapi dengan gada dan tongkat mereka.
Gada adalah pertahanan dan senjata gembala. Keller menyifatkan gada sebagai firman dan kehendak Allah yang diucapkan dalam pengurusan dengan manusia. Gembala menggunakan gada untuk tiga tujuan, 1) sebagai simbol kuasa ke atas domba, 2) untuk mendisiplinkan domba, 3) untuk melindungi domba daripada binatang ganas.
Keller memberitahu kita bahawa tongkat adalah simbol perhatian. Dalam kehidupan Kristian ianya melambangkan Roh Kudus. Dia memberikan tiga kegunaan tongkat, 1) untuk membawa domba lebih rapat satu dengan lain, 2) untik membawa domba lebih dekat kepadanya, 3) untuk membimbing domba.
Bab 9: Engkau Menyediakan Hidangan Bagiku - Seluruh ayatnya adalah, "Engkau menyediakan hidangan bagiku, d hadapan lawanku; Engkau mengurapi kepalaku dengan minyak; pialaku penuh melimpah." Keller menjelaskan bahawa sesetengah domba akan menjadi terkaku ketika mereka diserang, seperti juga sesetengah Kristian akan terkalah di bawah serangan musuh kita. Tetapi kita memiliki seorang Gembala yang mengasihi kita yang "telah sepenuhnya menyamakan diri-Nya dengan kemanusiaan. Oleh itu Dia memiliki kasih dan belas kasihan untuk kita lebih daripada yang kita dapat fahami."
Bab 10: Engkau Mengurapi Kepalaku Dengan Minyak - Dalam bab ini Keller menjelaskan bagaimana dan kenapa seorang gembala mengurapi domba-dombanya.
Domba diganggu oleh pelbagai jenis lalat termasuk lalat hidung yang bertelur di dalam hidung domba. Untuk mendapat kelegaan daripada ini, domba-domba kadang-kadang menghentak kepala mereka kepada batu dan tiang atau mereka akan berlari untuk mengelakkan lalat-lalat itu.
Cara penyelesaian gembala adalah dengan mengurapi kepala domba-domba dengan suatu campuran minyak biji rami dan bahan-bahan lain. Ketika itu dilakukan, domba-domba mulai tenang dan merasa aman. Kesan yang serupa terjadi ketika orang-orang Kristian diurapi dengan Roh Kudus.
Bab 11: Kebajikan dan Kemurahan Belaka Akan Mengikutiku - Keller memberitahu kita bahawa domba-domba tahu mereka akan menerima kebajikan dan kemurahan daripada gembala yang penyayang. Namun begitu, kebajikan ini tidak bermaksud suatu hidup yang senang dan sempurna. Domba-domba itu, seperti kita sebagai orang-orang Kristian, tidak selalu dapat melihat gambaran sepenuhnya tetapi kita boleh memiliki keyakinan bahawa tuan kita memiliki hikmat yang tidak terbatas
Keller meringkaskannya seperti ini, "Di sinilah asasnya segala yang telah tertulis dalam mazmur ini. Segala kasih, segala usaha, segala penjagaan rapi, segala kemahiran, segala perhatian, segala pengorbanan diri dizahirkan dari kasih-Nya - kasih Seseorang yang mengasihi domba-domba-Nya, yang mengasihi kerja-Nya, dan mengasihi peranan-Nya sebagai Gembala."
Bab 12: Aku Akan Diam Dalam Rumah Tuhan Sepanjang Masa - Keller menggambarkan maksud ayat ini dengan menggambarkan domba-domba yang sepenuhnya puas dengan penjagaan gembalanya. Apa yang dirujukkan sebagai "rumah" oleh Daud mungkin melambangkan kawanan atau keluarga gembala.
Keller membuat kesimpulan, "Ketika semua telah diucapkan dan dilakukan mengenai topik kehidupan Kristian yang berjaya, ianya boleh diringkaskan dengan satu ayat: 'Hidup dengan sedar akan kehadiran Tuhan sentiasa.'"
(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel blog Always Be Ready yang bertajuk, "A Shepherd Looks At the 23th Psalm By Phillip Keller - Review" yang ditulis oleh Bill bertarikh 11 Disember 2014)