Kisah Janda Dengan Dua Wang Tembaga telah disampaikan dalam Injil (Markus 12:41-44, Lukas 21:1-4) di mana Yesus sedang mengajar di Bait Suci di Yerusalem.
Injil Markus menjelaskan dengan khusus bahawa dua keping wang tembaga itu (syiling "lepton" Yunani) bila digabungkan adalah bersamaan dengan satu kuadran, syiling terkecil Rum. Satu lepton adalah syiling paling kecil dan paling kurang berharga yang diedarkan ketika itu di Palestin, nilainya lebih kurang enam minit dari gaji harian biasa.
Syiling tembaga lepton |
"Satu lepton adalah syiling paling kecil dan paling kurang berharga yang diedarkan ketika itu di Palestin."
Nilai satu lepton itu adalah lebih kurang enam minit gaji harian biasa.
Biarlah saya membuat sedikit pengiraan. Andaikata gaji seseorang itu RM1,200 sebulan, itu dibahagi dengan 26 hari kerja (tak kira Ahad) adalah RM46.15 sehari. Kalau itu dibahagi mengikut jam, iaitu dibahagi 8 jam kerja adalah RM5.76 sejam. Kalau di bahagi mengikut minit, dibahagi 60 minit, adalah RM0.096 seminit. Jumlah itu didarab dengan 6 minit akan menjadi RM0.57 untuk kerja 6 minit.
Dengan itu berdasarkan gaji RM1,200 sebulan, gaji untuk 6 minit adalah 57 sen sahaja. Janda miskin itu mempunyai 2 lepton, ertinya dia hanya memiliki RM1.15.
Bagi kita, RM1.15 sangat kecil nilainya, tetapi di tangan janda itu sangat besar nilainya pada pandangan mata Tuhan.
"Sesungguhnya janda miskin ini memberi lebih banyak daripada semua orang... Sebab mereka memberi dari kelimpahannya tetapi janda ini memberi dari kekurangannya, semua yang ada padanya, yaitu seluruh nafkahnya." (Markus 12:43-44)
(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Wikipedia bertajuk, "Lesson of The Widow's Mite")