Pedoman Harian boleh didapati dalam bentuk buku (kiri) atau melalui internet (kanan) |
Baru-baru ini saya mendapat suatu peringatan mengenai betapa pentingnya penterjemahan. Saya membaca catitan Facebook seorang kawan yang sedang memperkenalkan Pedoman Harian kepada kawan-kawannya. Dia mengulas bahwa, "Pedoman Harian mengandungi banyak artikel-artikel terjemahan yang bagus untuk dibaca."
Saya terkejut sebentar. Sebenarnya saya sudah terlupa bahawa artikel-artikel di Pedoman Harian adalah terjemahan. Saya merasa amat berbangga dengan usaha Pedoman Harian yang telah menterjemahkan begitu banyak artikel untuk pembaca-pembaca di Malaysia. Ramai kanak-kanak, anak muda dan orang dewasa Kristian yang telah mendapat manfaat daripada renungan harian yang diterbitkan oleh Pedoman Harian dalam bentuk cetakan dan elektronik.
Bila saya memikirkan ini, saya merasa sangat terdorong kerana itulah yang sedang saya usahakan, dengan cara saya sendiri, melalui blog domba2domba – iaitu menterjemahkan artikel-artikel yang bagus dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia. (Saya kadang-kala juga memuatkan artikel yang saya tulis sendiri, tetapi pada kebanyakan waktu saya menterjemahkan artikel saja).
Alkitab yang kita miliki juga adalah hasil penterjemahan. Alkitab yang asal telah ditulis dalam Bahasa Ibrani, Aramaik dan Yunani, jika tidak diterjemahkan maka banyak bangsa-bangsa di dunia termasuk di Malaysia tidak akan dapat membacanya.
Menurut laman Wycliffe, Perjanjian Baru atau bahagian-bahagian daripada Alkitab telah diterjemahkan ke dalam lebih daripada 1,300 bahasa di dunia. Manakala Alkitab yang penuh dapat diperolehi dalam lebih daripada 550 bahasa dunia.
Kita sudah memiliki Alkitab dalam Bahasa Kebangsaan tetapi kita masih perlukan banyak bahan bacaan Kristian di Malaysia. Kita berharap banyak lagi bahan bacaan akan dihasilkan dalam bentuk cetakan atau elektronik, yang samada ditulis sendiri oleh orang-orang Kristian tempatan atau diterjemahkan daripada bahasa-bahasa lain. Siapakah yang akan mengambil bahagian dalam usaha ini?
Bila saya memikirkan ini, saya merasa sangat terdorong kerana itulah yang sedang saya usahakan, dengan cara saya sendiri, melalui blog domba2domba – iaitu menterjemahkan artikel-artikel yang bagus dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia. (Saya kadang-kala juga memuatkan artikel yang saya tulis sendiri, tetapi pada kebanyakan waktu saya menterjemahkan artikel saja).
Alkitab B. Malaysia |