Rabu, 30 Mac 2016

Darlene: "Saya Bukan Artis Penyembahan, Saya Penyembah"

Darlene Zschech

Jika anda pernah ikut nyanyi bersama Hillsong Music di radio, di konferensi, atau di gereja, anda harus berterima kasih sebahagiannya kepada Darlene Zschech.

Semasa tempohnya yang lebih sedekad sebagai pastor penyembahan di Hillsong Church di Sydney, dia telah menulis, menerbitkan dan menyanyi lebih daripada 80 lagu penyembahan dalam lebih 20 album yang diterbitkan oleh Hillsong semasa pelayanan itu semakin meningkat dalam populariti global pada 1990an dan awal 2000an. Jasanya telah membantu melancarkan Hillsong Music sehingga menjadi kuasa global pada hari ini, dengan lebih 50 juta orang menyanyikan lagu-lagu mereka di gereja setiap Ahad.

Tetapi penyanyi Australia yang menghasilkan lagu-lagu pujian dan penyembahan kegemaran ramai "Shout to the Lord" dan "Mighty to Save" tidak suka dipanggil artis penyembahan.

"Jika saya melihat ianya ditulis begitu mengenai saya, saya akan pastikan ianya diubah," kata Darlene, yang kini menggembalakan Hope Unlimited Church di New South Wales, Australia, dengan suaminya, Mark. "Saya bukan artis penyembahan; saya penyembah. Ya, saya pemuzik, tetapi itu yang terlebih dahulu"

Karir muziknya sangat berkait rapat dengan imannya. Darlene telah menyertai sebuah rancangan menyanyi di televisyen nasional pada umur 10 tahun, dan membuat persembahan sehingga dia berusia 15 tahun  iaitu tahun  dia menjadi Kristian. "Saya suka kuasa yang ada pada muzik dan cara ianya membuat hati manusia terbuka," katanya. "Ia adalah alat komunikasi yang paling berkuasa yang kita ada dan mengatasi begitu banyak benteng."

Video: "Mighty to Save" oleh Hillsong


(Dipetik dan diterjemah daripada artikel Christianity Today bertajuk "Q+A: Darlene Zschech, The 'Mama Bear' Of Worship Music" penulisan Morgan Lee bertarikh 29 Mac 2016)