Lee Strobel telah menuliskan kisah penyiasatannya dalam buku "The Case For Christ" |
Itu adalah berita paling buruk bagi saya sebagai seorang ateis: isteri saya yang agnostik telah mengambil keputusan menjadi Kristian. Dua perkataan melayang di fikiran saya. Yang pertama ialah kata kesat; yang kedua ialah "bercerai."
Saya fikir dia akan menjadi seorang yang akan berubah menjadi seorang yang fanatik agama dan menganggap dirinya lebih suci daripada orang lain. Tetapi dalam bulan-bulan yang berikutnya, saya menjadi sangat hairan dengan perubahan-perubahan positif dalam karakter dan nilai hidupnya. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk menggunakan kemahiran saya dalam kewartawanan dan perundangan (pada waktu itu saya adalah editor perundangan untuk Chicago Tribune) dan menyiasat secara tersusun samada agama Kristian dapat dipercayai.
Saya berfikir, mungkin saya dapat menyakinkan isteri saya untuk meninggalkan ajaran ini.
Dengan cepat saya membuat penilaian bahawa dakwaan Yesus telah dibangkitkan adalah kuncinya. Sesiapapun boleh mendakwa keilahian dirinya, tetapi jika dia membuktikan dakwaannya dengan kembali dari maut, ianya adalah bukti yang tersangat baik bahawa dia bercakap benar.
Untuk hampir dua tahun, saya menyelidiki butir-butir terperinci dari data sejarah mengenai samada Easter adalah mitos atau realiti. Saya tidak menerima begitu saja Perjanjian Baru sebagai sesuatu yang bernilai; Saya bertekad hanya akan mempertimbangkan fakta yang didukung oleh fakta sejarah. Begitu penyelidikan saya mula menampilkan kebenarannya, ateisme saya mulai goyah.
Adakah Yesus benar-benar telah menjalani hukuman mati? Pada pendapat saya, buktinya begitu kuat sehinggakan sejarahwan yang ateis Gerd Ludemann berkata kematiannya melalui penyaliban adalah "tidak terbantahkan."
Adakah kubur Yesus itu kosong? Sarjana William Lane Craig menegaskan bahawa lokasinya diketahui oleh orang-orang Kristian dan juga orang-orang bukan Kristian. Oleh itu, jika ianya bukan kosong, adalah mustahil suatu gerakan yang berdasarkan kebangkitan itu dapat meledak dalam kewujudan di kota yang sama di mana Yesus telah menjalani hukuman mati dalam beberapa minggu sebelumnya.
Di samping itu, musuh-musuh Yesus pun mengaku secara tidak langsung bahawa kubur itu kosong dengan mengatakan bahawa tubuhnya telah dicuri. Tetapi tidak ada orang yang mempunyai sebab untuk mengambil tubuh itu, terutamanya murid-muridnya. Mereka tidak akan rela mati dengan cara begitu kejam untuk kepercayaan mereka jika mereka tahu semuanya itu adalah kebohongan.
Adakah sesiapa melihat Yesus yang hidup kembali? Saya telah mengenalpasti sekurang-kurangnya lapan sumber zaman kuno, yang di dalam dan di luar Perjanjian Baru, yang pada pendapat saya mengkonformasikan ketegasan para rasul bahawa mereka telah bertemu dengan Kristus yang telah dibangkitkan. Berulang-ulangkali, sumber-sumber ini berdiri kukuh apabila saya cuba berbantah dengannya.
Mungkinkah pertemuan-pertemuan itu sekadar halusinasi? Tidak mungkin, para pakar memberitahu saya. Halusinasi berlaku dalam otak secara individu, seperti mimpi, namun begitu, menurut Alkitab, Yesus telah muncul di hadapan kumpulan-kumpulan manusia pada tiga waktu yang berlainan - termasuk sekali kepada 500 orang!
Mungkinkah ini sejenis penglihatan yang lain, yang mungkin disebabkan oleh kesedihan para rasul atas penghukuman mati ketua mereka? Ini tidak dapat menjelaskan perubahan dramatik pada Saulus, seorang penentang orang-orang Kristian, atau Yakobus, adik Yesus, yang dulunya skeptik (tidak percaya).
Kedua-duanya tidak ada kecenderungan untuk mendapat penglihatan, namun begitu masing-masing telah melihat Yesus yang telah dibangkitkan, dan kemudian mati mengisytiharkan bahawa dia telah muncul kepada mereka. Di samping itu, jika ini adalah penglihatan, tubuh itu masih akan ada di dalam kubur.
Adakah kebangkitan itu cuma penceritaan semula mitos kuno, yang seperti kisah-kisah khayalan Osiris atau Mithras? Jika anda ingin melihat seorang sejarahwan tertawa kuat, bangkitkanlah idea pop modern yang tak masuk akal ini.
Satu demi satu, bantahan-bantahan saya mulai lenyap. Saya membaca buku-buku oleh para skeptik, tetapi hujah-hujah balas mereka runtuh di bawah data sejarah. Tidak hairanlah para ateis seringkali tidak dapat bertahan dalam perdebatan ilmiah mengenai kebangkitan
Pada akhirnya, setelah saya menyiasat dengan terperinci perkara ini, saya telah mencapai suatu kesimpulan yang tidak disangka: ianya memerlukan lebih banyak "iman" untuk saya kekal sebagai ateis berbanding menjadi seorang pengikut Kristus.

Itulah sebabnya mengapa saya sedang merayakan Easter yang ke-30 saya sebagai seorang Kristian, bukan kerana fikiran khayalan, rasa takut pada kematian atau memerlukan penopang psikologi, tetapi oleh kerana faktanya.
(Diterjemah oleh SDP daripada artikel The Wall Street Journal bertajuk, "How Easter Killed My Faith In Atheism" penulisan Lee Strobel bertarikh 16 April 2011)