Isnin, 14 Mei 2018

Sarah Mullally - Wanita Pertama Ditabal Sebagai Bishop London

Bishop London yang baru, Sarah Mullally mula menjadi paderi pada 2006

Bekas ketua pegawai kejururawatan, Right Reverend Dame Sarah Mullally telah menjadi wanita pertama ditabal sebagai Bishop London di satu kebaktian yang diadakan di Kathedral St. Paul.

Berusia 56 tahun, dia telah dilantik ke jawatan itu pada Disember tahun lepas dan menjadi Bishop London yang ke-133.

Perundangan untuk menerima bishop wanita telah diluluskan secara rasmi oleh Church of England pada 2014. 

Dia mengambil alih daripada Dr. Richard Chartres yang bersara pada Februari 2017.

Bishop Sarah Mullally dulunya menjadi Ketua Pegawai Kejururawatan

Bishop Mullally kini memegang jawatan ketiga paling senior di Church of England, sebelum ini dia telah menjadi Bishop Crediton di Devon dan Bendahari Canon di Katheral Salisbury. 

Dia telah dijadikan Dame Commander Empayar British pada 2005 sebagai penghargaan sumbangan cemerlangnya kepada kejururawatan dan kebidanan.

Bishop Mullally telah menjalankan tradisi mengetuk tiga kali pintu barat Katheral dengan tongkat pastoralnya semasa kebaktian itu.


(Dipetik dan diterjemah daripada artikel BBC bertajuk, "Sarah Mullally Installed As First Female Bishop Of London" bertarikh 12 Mei 2018)