Sabtu, 12 Mei 2018

2 Peraturan Emas Dalam Berpacaran Kristian


Berpacaran adalah sebahagian daripada hidup kita yang tidak harus diambil ringan atau pun diabaikan. Berpacaran seharusnya dirancangkan, diusahakan dan didoakan. Waktu ini adalah persiapan kita untuk perkahwinan dan komitmen seumur hidup bersama pasangan kita. 

Berpacaran adalah waktu yang paling menggembirakan dan mengujakan dalam hidup kita, tetapi ingatlah bahawa ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan. Bacalah peraturan dalam berpacaran Kristian ini dan alamilah sepenuhnya keindahan waktu ini bersama Tuhan.

1. Kasihilah Tuhan, Allahmu di atas apapun jua.


Yesus menjawab, "Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu, dengan segenap jiwamu dan dengan segenap fikiranmu." (Matius 22:37, AVB)

Itu adalah sentiasa benar termasuk juga semasa anda berpacaran. Anda harus mengasihi Tuhan di atas apapun atau sesiapapun. Anda harus meletakkan Tuhan lebih utama di atas segalanya, yang termasuk bakal suami/isteri anda. Anda tidak dapat benar-benar mengasihi seseorang yang lain jika anda tidak dapat mengasihi Tuhan terlebih dahulu. Pelajaran pertama kita dalam berpacaran adalah langkah pertama kita kepada Tuhan.

2. Bersandarlah kepada orang-orang yang paling mengenal anda, paling mengasihi anda, dan yang rela memberitahu anda bila anda tersilap.



Setelah mengaplikasikan peraturan pertama dalam berpacaran, peraturan emas kedua dalam berpacaran adalah ini. Ini mungkin benar juga dalam hidup seharian anda. Untuk kebanyakan orang, berpacaran boleh memisahkan kita daripada perhubungan-perhubungan penting lain yang kita miliki dalam hidup. Kita meluangkan lebih banyak masa dengan teman lelaki atau teman perempuan kita dan semakin kurang waktunya dengan kawan-kawan dan keluarga. Tetapi saya ingin memberitahu anda bahawa orang-orang inilah yang sangat penting pada waktu ini. 

Oleh itu jangan pisahkan diri anda, sebaliknya libatkan mereka dalam berpacaran anda, dan berkomunikasilah dengan mereka. Hanya mereka yang paling mengasihi anda dan yang mempunyai hubungan erat dengan Kristus akan memberitahu anda bila anda tersilap. Hargailah mereka. 

(Diterjemahkan daripada artikel So Blessed bertajuk, "Rules In Christian Dating")