Sabtu, 12 Mei 2018

Dengan Pengampunan Anwar, Adakah Nubuatan 'Mahathir' Pula Akan Jadi Nyata?


PETALING JAYA, 11 Mei - Nubuatan 'Rahman' adalah cara yang tidak konvensional tapi menarik bagaimana rakyat Malaysia meramalkan enam perdana menteri pertama Malaysia.

Bagi mereka yang pertama kali mendengarkannya, apa yang dikatakan nubuatan itu, telah mula tersebar di sekitar 1960an dan 1970an, meramalkan bahawa setiap huruf dalam perkataan 'Rahman' mewakili nama perdana menteri-perdana menteri Malaysia: Tunku Abdul Rahman, Abdul Razak Hussein, Hussein Onn, Mahathir Mohamad, Abdullah Badawi dan Najib Razak.

Sebilangan orang percaya bahawa nubuatan itu membawa erti kesudahan Umno.

Dengan kekalahan pentadbiran Najib pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14), ramai orang percaya nubuatan Rahman telah dipenuhi.

Tetapi dengan berakhirnya satu ramalan, satu lagi bermula menurut penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mengatakan bahawa Malaysia akan mendapat serentetan perdana menteri baru dengan nubuatan 'Mahathir.'

Pada bulan lepas, Lim telah berkata bahawa sekiranya Dr Mahathir mengambil alih tampuk pimpinan untuk kali kedua, dia akan seterusnya digantikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan itu menggenapi dua huruf pertama pada 'Mahathir.'

Kini dengan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V kelihatan siap untuk memberikan pengampunan penuh kepada Anwar, ianya kelihatan apa yang dikatakan oleh Lim ada kebenarannya.

Tokoh DAP itu pertama kali menulis mengenai nubuatan 'Mahathir' di blognya pada 2009 lagi, hampir sedekad sebelum PRU-14.

"Sedang tersebar di kalangan para perwakilan dan pemerhati Umno di Perhimpunan Agung Umno yang sedang berlangsung iaitu percakapan mengenai satu nubuatan baru politik untuk menggantikan nubuatan politik 'Rahman" berkenaan enam perdana menteri pertama negara - iaitu nubuatan 'Mahathir' sebagai rentetan baru perdana menteri-perdana menteri Malaysia," begitu ditulisnya.

Tetapi sebaliknya bukan Mahathir yang difikirkan akan menggenapi huruf pertama nubuatan itu, ianya dipercayai pada waktu itu bahawa bekas timbalan presiden Umno yang kemudian menjadi presiden PPBM, Tan Sri Muhiyiddin Yassin yang akan memulakan akronim itu.  

Memang tiada seorang pun pada waktu itu yang menjangkakan ini (dan banyak hal lain yang mengejutkan dalam beberapa hari ini) akan terjadi. 

(Nota Admin: Perkataan "Nubuatan" dalam artikel ini seperti yang digunakan oleh media umum, bukan nubuatan dari Alkitab).

(Diterjemahkan daripada artikel Malay Mail Online bertajuk, "With Anwar Pardon, Will 'Mahathir' Prophecy Come True?" yang ditulis oleh Melanie Chalil pada 11 Mei 2018)