Sabtu, 12 Mei 2018

Dr Mahathir Umumkan Beberapa Menteri Utama Kabinet, Penubuhan Majlis Penasihat


PETALING JAYA, 12 Mei - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengemukakan tiga calon pertama untuk barisan Kabinetnya yang terdiri daripada pemimpin utama Pakatan Harapan. (Sebelum ini, Datuk Seri Wan Azizah, Presiden PKR telah dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri). 

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng telah dilantik menjadi Menteri Kewangan, yang bererti bahawa PH kemungkinan perlu memilih seorang ketua menteri lain di Pulau Pinang.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu telah dilantik menjadi Menteri Pertahanan; manakala Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dijadikan Menteri Dalam Negeri. 


Dr Mahathir juga mengumumkan Majlis Penasihat Elit yang baru, yang terdiri daripada nama-nama yang terkemuka dalam perniagaan, kewangan dan ekonomi.

Anggota-anggotanya adalah bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, ahli ekonomi Jomo Kwame Sundaram, taikun Tan Sri Robert Kuok, bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, dan bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Marican.

"Kami menyedari bahawa kebanyakan daripada kami di sini mempunyai sedikit atu tiada pengalaman dalam kerajaan.

"Oleh itu kami mahu orang-orang yang yang memiliki kepakaran berkaitan pentadbiran dan proses membuat keputusan," kata Dr Mahathir.

Majlis itu akan bertindak sebagai badan penasihat untuk menyelia operasi lancar kerajaan oleh kerana ini adalah penggal sulung Pakatan Harapan sebagai kerajaan persekutuan.


(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Malay Mail bertajuk, "Dr M Announces Partial Cabinet Line-Up, Council of Elders" yang ditulis oleh Yiswaree Palansamy bertarikh 12 Mei 2018)