Jumaat, 13 Oktober 2017

Maksud K & H Serta Kod Negeri Pada Kad Pengenalan Anak Sabah Sarawak


Huruf K dan H yang terdapat pada MyKad anak Sabah dan Sarawak adalah diambil daripada huruf terakhir pada nama kedua-dua negeri tersebut:

Sabah = H

Sarawak = K

Melainkan salah seorang ibu atau bapa adalah anak jati Sabah atau Sarawak, barulah dapat huruf “H” dan “K” dalam kad pengenalan.

Pemberian indikator dalam kad pengenalan tersebut adalah bermaksud seseorang itu adalah penduduk asal Sabah/Sarawak atau pemastautin tetap Sabah/Sarawak dan ianya tertakluk kepada undang-undang negeri.

Manakala kod negeri pada kad pengenalan pula hanya dapat membuktikan anda dilahirkan di negeri tersebut.

Contohnya, seseorang yang lahir di Sarawak akan mempunyai kod 13 pada kad pengenalan. Kod tersebut menunjukkan bahawa tempat kelahiran adalah di Sarawak.

Namun, selepaskan tahun 2001, kod 50, 51, 52 dan 53 juga digunakan dalam kad pengenalan mereka yang lahir di Sarawak. Ini kerana tiap kod tersebut mempunyai kuotanya tersendiri, jadi penggunaan kod baru adalah diperlukan.

Begitu juga dengan Sabah, mereka yang lahir di negeri itu diberikan kod 12, 47, 48 dan 49 pda MyKad mereka.

Semua negeri di Malaysia mempunyai kod tempat kelahiran, dan berikut adalah senarainya:

  • Johor 01, 21, 22, 23, 24
  • Kedah 02, 25, 26, 27
  • Kelantan 03, 28, 29
  • Melaka 04, 30
  • Negeri Sembilan 05, 31, 59
  • Pahang 06, 32, 33
  • Pulau Pinang 07, 34, 35
  • Perak 08, 36, 37, 38 , 39
  • Perlis 09, 40
  • Selangor 10, 41, 42, 43, 44
  • Terengganu 11, 45, 46
  • Sabah 12, 47, 48, 49
  • Sarawak 13, 50, 51, 52, 53
  • Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) 14, 54, 55, 56, 57
  • Wilayah Persekutuan (Labuan) 15, 58
  • Wilayah Persekutuan (Putrajaya) 16
  • Negeri Tidak Diketahui 82

(Diambil daripada artikel Borneo Di Hati bertajuk "Maksud K & H Serta Kod Negeri Pada Kad Pengenalan AnakSabah Sarawak" bertarikh 12 Oktober 2017)