Isnin, 14 Ogos 2017

Gereja Anglikan Menabalkan Bishop Ke-14 Sarawak dan Brunei

Ng (dua dari kiri) meletakkan Mitre ke atas kepala Danald semasa kebaktian itu
(Foto dari Facebook Mark Nyambang)

KUCHING: Wilayah Anglikan Asia Tenggara telah mentahbiskan dan menabalkan Right Rev Danald Jute sebagai Bishop yang ke-14 Gereja Anglikan di Sarawak dan Brunei, yang dikenali sebagai Diosis Kuching, di Katedral St Thomas di sini semalam. (Foto di atas oleh Mark Nyambang)

Bishop Singapura, Right Rev Dennis Ponniah dan Bishop Sabah, Right Rev Melter Jiki Tais mempersembahkan Danald kepada Bishop Besar Wilayah Anglikan Asia Tenggara dan Bishop Malaysia Barat, Most Rev Datuk Ng Moon Hing yang merupakan pentahbis utama. 

Upacara Pentahbisan & Pertabalan Rev Danald sebagai Bishop Ke-14 Diosis Kuching
(Foto dari FB Bishop Charles Samuel)

Dalam khutbahnya, Ng berkata wilayahnya dalam keadaan sangat perlu untuk lebih ramai paderi melayani di wilayah itu sebab dalam beberapa tahun kebanyakan daripada mereka akan bersara.

Salah satu tugas baru Danald sebagai Bishop adalah untuk mencari dan mendapatkan lebih ramai paderi baru di diosisnya untuk menyebarkan Firman Allah dan melayani umat.

"Saya berharap kita mempunyai pengganti-pengganti yang berkecukupan oleh kerana kebanyakan daripada paderi-paderi kita akan bersara. Dalam masa lima tahun dari sekarang, 80 peratus daripada paderi-paderi kita akan bersara," tambahnya.

Kebaktian khas itu menggabungkan upacara Anglikan yang telah ditetapkan dengan budaya Bidayuh. 

Muda-mudai dalam pakaian tradisi membawa pungutan persembahan
(Foto dari FB Rev Jacob George John)

Pembacaaan Alkitab disampaikan dalam Bahasa Iban, Mandarin dan Bidayuh; sementara pungutan persembahan disampaikan oleh pemuda-pemudi dalam pakaian tradisi diringi gong dan dram.

Berikutan pertabalan Danald, tiupan trampet berkumandang dengan penuh kemeriahan dan loceng-loceng Katedral dibunyikan 39 kali untuk melambangkan 39 Artikel Keagamaan Gereja Anglikan. 

Sambil duduk di takhtanya, Danald berucap kepada jemaat, dengan berkata, "Dalam Kitab Suci, kita membaca bagaimana Yesus datang di antara kita sebagai seorang yang melayani. Saya meminta anda sekarang berdoa bersama saya dan untuk saya, agar saya akan mengikuti pola kepimpinan yang telah diberikan kita oleh Tuhan Yesus; agar saya dapat mengenal kasih karunia Allah dalam tugas yang di hadapan saya, dan melakukan kesemuanya dalam kekuatan-Nya." 

Upacara Pentabisan dan Pertabalan Bishop Diosis Kuching Ke-14 di Kathedral St Thomas
(Foto dari FB Rev Jacob George John)

Katedral itu penuh sesak dengan jemaat 2,000 orang termasuk tetamu-tetamu dari Hong Kong, United Kingdom, Filipina, Myanmar, Amerika Syarikat, Singapura, Semenanjung Malaysia, Sabah, Labuan dan Brunei.

Juga diiringi sokongan eukamenika, dengan kehadiran wakil-wakil dari Gereja Roman Katolik, Gereja Methodist, Sidang Injil Borneo, Seventh Day Adventist dan Salvation Army. 

Bishop Kuching Ke-14, Right Rev Danald Jute
dan Bishop Besar Most Rev Ng Moon Hing
(Foto asal dari FB Bishop Charles Ssmuel)

Danald yang merupakan Bishop Kuching kelahiran tempatan yang kelima (beliau adalah bishop pertama dari kaum Bidayuh Bukar) - telah dilantik oleh Lembaga Bishop Gereja Anglikan di Asia Tenggara untuk menggantikan tempat Right Rev Datuk Bolly Lapok, yang telah bersara pada hari Khamis, 10 Ogos 2017.

Bishop Danald Jute (kedua depan) dalam perarakan keluar Kathedral St Thomas
(Foto dari FB Rev Jacob George John)

Juga hadir dalam kebaktian itu adalah Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah dan bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu yang kedua-duanya adalah Anglikan.

Bishop pertama Kuching adalah Right Rev Francis Thomas McDougall, yang telah melayani dari 1856 ke 1869.  

Terdapat kira-kira 138,000 anggota Anglikan di Sarawak dan Brunei.

(Diterjemahkan daripada artikel Borneo Post bertajuk, "Anglican Church Installs 14th Bishop of Sarawak and Brunei" yang ditulis oleh Matthew Umpang bertarikh 14 Ogos 2017)