Rabu, 12 Februari 2020

Bishop Diosis Anglikan Sabah Ditahbiskan Sebagai Archbishop Provinsi Asia Tenggara


KOTA KINABALU: Bishop Diosis Anglikan Sabah, Right Reverend Datuk Melter Jiki Tais telah dilantik Archbishop ke-6 Gereja Anglikan Provinsi Asia Tenggara di Katedral All Saints di sini pada hari Ahad.

Dia telah ditahbiskan oleh Most Reverend Datuk Ng Moon Hing yang menyerahkan salib keuskupan kepada penggantinya. 

(Foto dari Facebook Diocese Anglican of Sabah)

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Christina Liew mewakili Ketua Menteri di kebaktian untuk upacara perlantikan itu. 

Dia menyifatkan perlantikan Archbishop Melter sebagai detik yang bersejarah.

"Ini adalah detik yang bersejarah untuk Diosis Anglikan Sabah oleh kerana ini adalah kali pertama seorang anak negeri Sabah telah dipilih dan dilantik sebagai Archbishop dan Ketua Gereja Anglikan Provinsi Asia Tenggara.

"Kami ucapkan kepada Most Reverend Melter Tais selamat bertugas dalam peranan rohaninya yang  baru ini," katanya.

(Foto dari Facebook Diocese Anglican of Sabah)

Archbishop Melter telah dipilih sebagai Archbishop keenam untuk menggantikan Archbishop Ng semasa mesyuarat khas Sinod Provinsi pada 24 September 2019.

Archbishop Melter yang berasal dari Kampung Nangoh di Beluran telah dilantik sebagai pribumi pertama untuk menjadi Bishop Sabah pada Mei 2015. Sebelum itu dia telah bertugas sebagai Archdeacon di Central Archdeaconry, dan Pembantu Bishop Sabah dan Vicar-General Sabah.

Dia memiliki lebih daripada dua dekad pengalaman dalam pelayanan paroki, pernah memimpin paroki di Keningau, Lahad Datu dan Telupid. Dia telah bernikah dengan Angeline Wong dan mereka mempunyi lima orang anak. 

(Foto dari Facebook Diocese Anglican of Sabah)

Di kalangan 1,000 orang yang menghadiri kebaktian itu adalah Archbishop pertama Gereja Anglikan Provinsi Asia Tenggara, Bishop Dr Moses Tay dari Singapura, Bishop Diosis Singapura, Right Reverend Rennis Solomon Ponniah, Bishop Diosis Kuching, Right Reverend Danald Anak Jute, Bishop Dr Graham Kings yang mewakili Archbishop of Canterbury, Most Reverend Justin Welby, Setiausaha Agung Anglican Communion, Archbishop Dr Josiah IdowuFearon dari UK, Bishop Lambeth Design Group, Nairobi, Right Reverend Joel Waweru, Bishop John Yeo dari Disosis Sabah dan Archdeacon Moses Chin dari Christchurch, Kota Kinabalu. 

(Foto dari Facebook Diocese Anglican of Sabah)

(Diterjemahkan daripada artikel Borneo Post di Press Reader bertajuk, "Bishop of Anglican Diocese of Sabah Installed As Archbishop" bertarikh 11 Februari 2020)