Jumaat, 13 Mac 2020

Gereja Anglikan Sarawak dan Brunei Hentikan Kebaktian Ahad Sehingga 1 April


KUCHING: Gereja Anglikan Sarawak dan Brunei Darussalam telah menghentikan semua kebaktian dari Ahad ini sehingga 1 April.

Ini adalah memandangkan bilangan yang makin bertambah kes-kes Covid-19.

Bishop Kuching (Sarawak dan Brunei Darussalam), Rt Reverend Datuk Janald Jute telah mengeluarkan satu kenyataan hari ini, membuat pengumuman itu. 

"Memandangkan bilangan kes jangkitan Coronavirus (Covid-19) yang semakin bertambah di Sarawak dan Brunei, dan setelah mengambil kira nasihat daripada Kementrian Kesihatan, bersama dengan pandangan-pandangan profesional yang telah dinyatakan dan disampaikan kepada kami, kami telah membuat keputusan untuk sementara waktu menghentikan Kebaktian-Kebaktian Ahad dan Hari Biasa bermula Ahad ini, 15 Mac - 1 April 2020.

"Kami ingin menegaskan bahawa ini adalah langkah sementara. Nasihat seterusnya akan menyusul." 

"Tidak ada perlunya untuk panik. Sebaliknya, marilah setiap kita lebih lagi mendekati Tuhan dalam doa yang bersungguh-sungguh, untuk kuasa penyembuhan-Nya.

"Kami mengalakkan mereka yang dapat melakukan siaran langsung melalui internet untuk melakukannya, dengan bilangan hadirin yang sedikit," kata Bishop itu. 

(Diterjemahkan daripada artikel DayaK Daily bertajuk, "The Anglican Church of Sarawak and Brunei Suspends Sunday Service Until April 1" bertarikh 13 Mac 2020)