Sabtu, 14 Mac 2020

Susanna Liew Terima Anugerah Wanita Berani Antarabangsa (Video 1 Minit)


Minggu lalu, Setiausaha Negara A.S., Michael R. Pompeo menjadi hos untuk Anugerah Wanita Berani Antarabangsa (#IWOC) di Jabatan Negara A.S. dengan memberi pengiktirafan kepada 12 wanita luar biasa dari seluruh dunia. Wanita Pertama Amerika Syarikat Melania Trump menyampaikan ucapannya untuk mengiktiraf pencapaian luar biasa wanita-wanita ini.

Salah seorang daripada penerima anugerah 2020 ialah Susanna Liew dari Malaysia yang telah diiktiraf kerana usaha gigihnya untuk memperjuangkan hak penganut minoriti agama yang telah hilang dan melindungi kebebasan beragama di Malaysia.



(Diambil daripada catitan Facebook US Embassy Kuala Lunpur bertarikh 10 Mac 2020)