Khamis, 26 September 2019

Sejarah Awal Kristian Di Sarawak


Dalam banci 2010, umat Kristian (termasuk Katolik) merupakan 42% daripada penduduk Sarawak.

Berdasarkan peratusan ini, kemungkinan terdapat 1.18 juta orang Kristian daripada jumlah populasi negeri seramai 2.8 juta orang pada 2019. Dan berdasarkan trend pelbagai denominasi, lebih kurang separuh adalah Katolik, bererti 590,000 Katolik dan 590,000 Protestan.

Hampir 80% orang Kristian di Sarawak adalah bangsa pribumi, dengan hanya 20% Cina. Oleh demikian terdapat kira-kira  940,000 Kristian pribumi dan 240,000 Kristian Cina.

Sarawak telah diperintah oleh Raja Putih untuk hampir seabad sebelum penubuhan Persekutuan Malaysia, dalam masa itu empat denominasi Kristian yang utama iaitu Anglikan, Katolik, Methodis dan Borneo Evangelical Church telah bertapak di "Tanah Burung Enggang."

1. Anglikan

Rev Francis Thomas McDougall dan isterinya, Harriette

Pada 1848, Church of England telah menghantar kelompok misionari pertama ke Sarawak. Pastor Francis Thomas McDougall dan dua orang lagi misionari telah menubuhkan Gereja Anglikan Borneo, menyampaikan Injil kepada orang-orang Cina tempatan pada mulanya sebelum memberi tumpuan menginjili orang-orang pribumi. Pada waktu ini, terdapat kira-kira 180,000 Anglikan di negeri ini.

2. Katolik

Misionari pertama Mill Hill ke Sarawak

Pada 1881, Catholic Mill Hill Mission telah ditubuhkan di Kuching, menyampaikan Injil kebanyakannya kepada orang-orang di Kanowit dan Sibu di sepanjang Sungai Rejang. Mensasarkan terutamanya orang-orang pribumi di sepanjang Sungai Rejang dan dengan juga jumlah pengikutan cukup ramai di kalangan Cina di bandar, Gereja Katolik sekarang berjumlah kira-kira 590,000 pengikut di Sarawak.

3. Methodist

Wong Nai Siong

Di antara 1901-1902, lebih kurang 1,000 pendatang Foochow di bawah pimpinan Wong Nai Siong tiba di Sibu. Satu kawasan penempatan Foochow telah ditubuhkan bersama dengan sebuah gereja Methodist yang pada mulanya menumpukan kepada pendatang-pendatang Cina sebelum beralih kepada orang-orang Iban pada 1939. Terdapat kira-kira 180,000 Methodist di negeri ini hari ini.

4. Borneo Evangelical Church

Misionari pertama Borneo Evangelical Mission (BEM) ke Sarawak

Borneo Evangelical Church atau Sidang Injil Borneo (SIB) telah dimulakan oleh tiga misionari Australia pada 1928 di kawasan pedalaman Sarawak utara, terutamanya di kalangan suku kaum pribumi. Ianya kemudian telah menubuhkan sebuah gereja Cina di Limbang pada 1958, dan kemudiannya di Kuching, Sibu, Sarikei, Bintulu dan Miri pada 1980an. Gereja ini kini mempunyai pengikutan 180,000 orang.

Tambahan lagi kepada yang di atas, terdapat juga denominasi-denominasi lain di Sarawak, termasuk Gereja Baptist, Good News Fellowship, Full Gospel Church, Miri Gospel Chapel dan lain-lain yang semuanya telah ditubuhkan pada 1960an selepas pembentukan Malaysia.

(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel mysinchew.com bertajuk, "Challenges of Christianity in Sarawak" yang ditulis oleh Wong Meng Lee bertarikh 16 September 2019)