Khamis, 24 Oktober 2019

"Sila Tinggalkan Kami": Archbishop Memberitahu Para Penyokong Perkahwinan Sejenis Untuk Tinggalkan Gereja Anglikan

Archbishop Anglikan Sydney, Dr Glenn Davies

Arcbishop Anglikan di Sidney, Glenn Davies memberitahu kepada para Anglikan yang menjadi penyokong perkahwinan sejenis bahawa mereka harus meninggalkan gereja daripada mengkhianati firman Tuhan dalam ucapannya mengutuk perbuatan tersebut.

Beliau berkata bahawa gereja harus fokus “menginjil di Australia” bukannya pada “tekanan yang berterusan untuk mengubah doktrin kita untuk memuaskan nafsu dan memenuhi keinginan dunia.”

Dr. Davies mengkritik sekeras-kerasnya gereja-gereja yang memberkati hubungan sejenis ini, seperti Diosis Wangaratta di Victoria. Perkara ini telah dirujuk kepada badan rayuan dalaman gereja.

Berucap di Sinod ke-51 Diosis Sydney, parlimen Gereja Anglikan, Dr. Davies memberi amaran bahawa gereja sedang memasuki “daerah berbahaya” dan menyeru agar penyokong kepada hubungan sejenis meninggalkan gereja.

Dr. Davies yang merupakan presiden sinod Diosis Anglican Sydney berkata, "Saya bimbang dengan kestabilan Gereja Anglikan di Australia ini. Perkembangan berkenaan hubungan sejenis ini mempunyai potensi untuk menghancurkan persekutuan dan perhubungan kita. Saya telah menyatakan perkara ini beberapa kali di dalam banyak acara ketika Konferensi Nasional Tahunan Bishop, tetapi menyedihkan hanya memberikan sedikit kesan."

"Pada pandangan peribadi saya, jika terdapat orang-orang yang ingin mengubah doktrin gereja, mereka haruslah memulakan sebuah gereja yang baru atau menyertai gereja yang sependapat dengan mereka (penyokong hubungan sejenis) - tetapi jangan rosakkan gereja Anglikan dengan meninggalkan ajaran firman Tuhan. Sila tinggalkan kami."

"Kami masih mempunyai banyak tugas penginjilan di Australia dan ianya telah diganggu oleh tekanan berterusan daripada pihak-pihak tertentu untuk mengubah doktrin gereja untuk memuaskan nafsu dunia."

Dr. Davies berkata memberkati penyatuan (perkahwinan) sejenis adalah “pengkhianatan terhadap Firman Tuhan”. Beliau mengakui bahawa pendirian Gereja Anglikan mengenai perkahwinan di Australia bukanlah sesuatu yang disukai dan kini menjadi bertentangan dengan undang-undang baru.

"Tetap sahaja, tujuan Tuhan terhadap perkahwinan tidak pernah berubah. Kita menghormati Tuhan bila kita patuh kepada perintah-Nya. Kita tidak dapat memberkati perkahwinan sejenis kerana kita tidak boleh memberkati dosa," kata Dr. Davies.

Glenn Davies sekali lagi meminta semua ahli reformasi (penyokong perkahwinan sejenis) utk meninggalkan gereja.

Sinod Am Gereja akan bermesyuarat tahun depan di Maroochydore dengan membawa isu khas mengenai pernikahan sejenis. Dr. Davies menyatakan bahawa ianya keputusan yang penting untuk memikirkan tindakan untuk menangani pemberontakan di beberapa sidang gereja, dan mesyuarat tersebut “perlu membuat suatu kenyataan yang jelas mengenai ajaran Alkitab tentang kesucian perhubungan pernikahan antara lelaki dan wanita dan kehormatan dalam pernikahan”.

Pada tahun 2017, Anglikan Sydney di bawa pentadbiran Dr. Davies telah mendermakan 1 juta dolar kepada kempen anti perkahwinan sejenis.

Dr. Davies juga membincangkan tentang isu identiti jantina kerana hal ini semakin meruncing di dalam gereja di mana ramai jemaat yang mengalami isu kecelaruan jantina.

"Suatu kedudukan doktrin yang menyatakan doktrin, kepercayaan, prinsip, dan ajaran diperlukan untuk melindungi kebebasan agama kami serta untuk memberi perlindungan daripada tuduhan diskriminasi terhadap gereja, organisasi atau sekolah di bawah pentadbiran gereja pada masa akan datang."

Dr. Davies menyeru semua jemaat Anglikan untuk terus berdoa untuk badan politik terutama yang beragama Kristian di kedua pihak politik “sambil mereka mengusahakan versi terakhir Undang-Undang Diskriminasi Agama.”

(Disumbangkan oleh Raymond Koh dan diterjemahkan oleh Rosdena Boong daripada artikel The Sydney Morning Herald bertarikh 15 Oktober 2019)