Selasa, 5 November 2019

"Sesi Bible" Untuk Lenyapkan Ketakutan Bahawa Muslim Sedang Diancam, Kata Adun Penanti, Norlela


Adun Penanti dari PKR, Norlela Ariffin telah menganjurkan pelajaran-pelajaran keagamaan, termasuk "sesi-sesi Bible" untuk membantu ahli-ahli Muslim kawasannya hidup secara harmoni dengan orang-orang lain dalam negara yang berbilang kaum dan agama. 

Norlela berkata sesi dua hari itu, yang telah diaturkannya untuk orang-orang Muslim sejak 2015, terdiri daripada pengerusi jawatankuasa masjid, pendakwah-pendakwah dan pakar-pakar mengenai bidang itu. 

Beliau menambah bahawa sesi-sesi tertutup itu yang biasanya diadakan di sebuah hotel tempatan, adalah untuk meningkatkan kesedaran ahli-ahli Muslim kawasannya mengenai Bible Bahasa Melayu. 

Beliau menambah bahawa langkah itu untuk menangani ketakutan pada Bible Bahasa Melayu, dan untuk membantu ahli-ahli kawasannya saling memahami kepercayaan satu sama lain untuk melenyapkan rasa syak wasangka di antara satu sama lain. 

"Bagi sesetengah orang-orang BN dan Umno, kita orang-orang Muslim sentiasa dalam keadaan, jika kita ditunjukkan sebuah Bible, kita akan bertukar agama," kata Norlela.

Beliau mengatakan ini ketika memberi ulasan semasa perbahasan mengenai Bajet Pulau Pinang 2020 oleh ketua pembangkang negeri, Muhamad Yusoff Mohd Noor pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini. 

"Ada ketakutan bahawa apabila kita mempelajari agama orang lain, kita akan terpengaruh untuk mengikuti agama itu," beliau menambah di Dewan Sri Pinang, di mana persidangan itu sedang dijalankan sehingga 8 November.

Norlela sedang memberi respon kepada perbahasan Muhamad Yusoff yang mempersoalkan samada Bible Bahasa Melayu masih diedarkan kepada orang-orang Muslim. 

Adun Sungai Dua itu mendakwa bahawa pada tahun lepas, telah ditularkan di media sosial bahawa kitab-kitab itu telah diedarkan kepada pelajar-pelajar Muslim di Pulau Pinang dan Kedah.

Muhamad juga memberi amaran terdapat undang-undang terhadap penyebaran agama-agama lain kepada orang-orang Muslim. 

Berkenaan ini, Norlela berkata, "orang-orang Muslim tidak harus ada ketakutan bahawa kita sedang di bawah ancaman, kita tidak harus terlibat dalam hal menyebarkan ketakutan kerana ianya boleh membawa kepada hasutan perkauman."

Ditemui kemudian, Norlela berkata beliau telah menganjurkan sesi-sesi itu sebab usul Hudud atau Akta 1965 (Akta 355) Mahkamah Syariah (Bahagian Jenayah) telah menjadi isu panas ketika itu dan ahli-ahli kawasannya telah memintanya untuk penjelasan. 

"Orang-orang Melayu di Penanti tidak dapat faham kenapa orang-orang bukan Muslim begitu menentang usul Hudud apabila ianya hanya melibatkan orang-orang Muslim. 

"Ramai orang meminta saya menganjurkan dialog, oleh itu saya berfikir baik untuk mengadakan sesi tertutup dengan jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung bukan Muslim dan ahli-ahli tokong, supaya orang-orang bukan Muslim boleh menanya apa yang mereka ingin tanya mengenai Islam dan Hudud dalam Bahasa Mandarin, Inggeris atau Melayu," Norlela memberitahu Malaysiakini

"Kami mengadakan sesi-sesi itu supaya orang-orang Muslim dapat memahami agama-agama jiran-jiran mereka supaya mereka tidak akan takut apabila melihat Bible Bahasa Melayu kerana sudah tahu apa yang dinyatakannya, dan anda juga akan tahu apa yang dinyatakan oleh Al-Quran," tambahnya. 

Norlela berkata semasa sesi-sesi itu diadakan, Al-Quran dan Bible akan diletakkan bersebelahan satu dengan lain dan para peserta digesa untuk membaca dan membandingkan isi kandungan kitab-kitab itu.

Beliau berkata itu adalah sesuatu yang baharu untuk orang-orang Melayu sebab mereka tidak pernah terdedah sebelum itu dan tidak memahami mengenai masyarakat Cina, Budhis, Hindu dan Kristian. 

"Mereka telah tinggal bersama selama bertahun-tahun di kampung tetapi tidak pernah memahami. 

"Berkenaan Bible, itu adalah kali pertama mereka menyentuh Bible dan membacanya, jadi kami mengadakan latihan untuk mereka membaca dan membandingkannya dengan Al-Quran, oleh itu tidak ada ketakutan atau prasangka mengenainya," beliau menambah. 

"Adakah isi kandungannya sama? Ada bahagian-bahagian yang serupa, manakala bahagian-bahagian lain berbeza, kita perlu memupuk pemahaman ini sebab kita tinggal dalam masyarakat berbilang agama," beliau menekankan.

Norlela juga telah menganjurkan sesi-sesi untuk bukan Muslim untuk mempelajari lebih mengenai agama Islam dan Al-Quran, dan ini diadakan dalam bahasa mereka sendiri. 

"Kami menjelaskan kepada orang-orang bukan Muslim mengapa tetangga Muslim mereka perlu bersembahyang, mencuci kaki sebelum sembahyang dan membasahi seluruh bilik air," katanya. 

(Diterjemahkan daripada artikel Malaysiakini bertajuk, "'Bible Sessions' To Dispel Fear of Muslims Under Siege, Says Penanti's Norlela" yang ditulis oleh Susan Loone bertarikh 5 November 2019)