Norlela Ariffin (Adun PKR - Penanti) |
Norlela Ariffin (PKR - Penanti) berkata beliau telah mengendalikan sesi-sesi untuk orang-orang Muslim dengan jabatan agama di mana mereka telah ditunjukkan Bible Bahasa Melayu dan Al-Quran bersebelahan satu dengan lain untuk perbandingan.
"Kita tidak mahu orang-orang Muslim memiliki ketakutan bahawa dengan hanya menyentuh Bible, mereka serta-merta akan menjadi murtad, ini tidak benar," katanya semasa membalas perbahasan ketua pembangkang negeri, Datuk Muhamad Yusoff Mohd Noor (BN - Sungai Dua) di Dewan Undangan Negeri hari ini.
Bible Bahasa Melayu |
"Mereka boleh membandingkan dan menyemak imbas kedua-dua Bible dan Al-Quran dan mereka akan menyedari perbezaan di antara kedua-dua bahan agama itu," katanya.
Norlela berkata adalah lebih baik untuk orang-orang Muslim memahami agama-agama lain dan untuk mereka menyedari mengenai kitab-kitab suci agama lain termasuk kitab agama Hindu dan Budhis.
"Kita tinggal dalam masyarakat berbilang budaya. Ianya penting untuk kita saling memahami, untuk lebih mengetahui mengenai agama satu sama lain supaya tidak ada ketakutan yang tidak berasas terhadap agama yang lain," katanya.
Beliau berkata dia telah menganjurkan sesi-sesi yang serupa untuk orang-orang bukan Muslim, termasuk juga di tokong, supaya mereka dapat lebih memahami Islam sejak 2017.
"Kita tidak mahu orang-orang Melayu dan Muslim dilihat sebagai takut akan agama-agama lain terutamanya bila kita adalah masyarakat berbilang budaya, di mana jiran-jiran kita terdiri daripada bangsa-bangsa lain dari agama-agama lain," katanya.
Rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama |
"Mereka akan terus menghasut isu-isu perkauman, mereka akan menakutkan orang ramai dan menghasilkan pepecahan kaum, tolong jangan lakukan ini," katanya.
Sebelum itu, Yusoff telah mengusulkan suatu undang-undang digubal untuk menghukum mereka yang mengedarkan Bible kepada orang-orang Muslim dan melibatkan orang-orang Muslim dalam doa Kristian.
Beliau mendakwa Bible Bahasa Melayu pernah diedarkan kepada pelajar-pelajar sekolah di Pulau Pinang dan memberi amaran ianya boleh menjadi masalah besar.
"Terdapat enakmen menentang ini dalam semua negeri kecuali Pulau Pinang, Perlis dan Wilayah Persekutuan, oleh itu kita harus pertimbangkan untuk mengusulkan undang-undang ini di sini," katanya.
Kemudiannya, di luar Dewan Undangan, Norlela berkata begitu banyak ketakutan telah dibangkitkan dalam isu Bible sehingga beliau perlu menganjurkan sesi-sesi "rahsia" untuk orang-orang Muslim dan bukan Muslim untuk membantu kedua-dua pihak saling memahami.
"Tidak ada salahnya seorang Muslim menyentuh Bible, itu tidak akan menukar agama mereka, jikapun ada misionari Kristian yang pergi menyebarkan mengenai agama mereka, ianya tidak akan menjejaskan iman kami, saya mahu orang-orang Muslim merasa yakin dalam hal ini," katanya.
Beliau berkata sesi-sesi yang telah dianjurkannya bertujuan untuk menyakinkan orang-orang Muslim sebagai kumpulan majoriti, tiada sesiapa yang dapat menjadi ancaman kepada mereka.
"Kita adalah majoriti, tak patut mereka takut akan agama-agama lain, ianya hanya akan mencetuskan pergeseran yang tidak perlu," katanya.
Beliau berkata apabila orang-orang Muslim ditunjukkan Bible dan diberi pemahaman mengenai agama-agama lain, ianya akan melenyapkan ketakutan mereka.
(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Malay Mail bertajuk, "Malay Bibles Not A Threat To Muslims, Backbencher Tells Penang Legisative Assembly" yang ditulis oleh Opalyn Mok bertarikh 4 November 2019)