Orang-orang Yahudi juga telah menterjemahkan Kitab Suci mereka dari bahasa Ibrani ke dalam bahasa Aramaik - kitab bahasa Aramaik itu yang terdiri dari Perjanjian Lama dikenali sebagai Targum.
Orang-orang Yahudi bukan hanya menterjemahkan Kitab Suci Ibrani ke dalam bahasa Yunani. Selepas pembuangan ke Babel, bahasa yang menjadi dominan di kalangan orang-orang Yahudi di dan di sekeliling tanah air mereka mulai beralih dari bahasa Ibrani ke bahasa Aramaik.
Bahasa Ibrani dan bahasa Aramaik adalah bahasa-bahasa yang amat serupa, oleh itu hampir mengejutkan bahawa suatu terjemahan bahasa Aramaik pun diperlukan. Sesungguhnya bahasa Aramaik itu tidak mengatasi atau mengambil alih bahasa Ibrani, yang masih dibaca dengan suara kuat dalam ibadah.
Namun begitu, Aramaik adalah dialek pertuturan orang-orang kebanyakan, oleh itu terjemahan-terjemahan bahasa Aramaik telah dihasilkan untuk membantu pemahaman dan pengamalan kitab suci itu. Kita tidak tahu bilakah Targum Aramaik pertama kali dihasilkan, tetapi manuskrip-manuskrip paling awal yang kita miliki adalah seawal kurun kedua Sebelum Masihi.
Selain daripada Targum Yahudi, orang-orang Samaria juga telah menghasilkan terjemahan Aramaik untuk Taurat. Targum Samaria secara umumnya dianggap sebagai terjemahan literal yang berbahasa biasa manakala banyak daripada Targum Yahudi seringkali agak bersifat mentafsir.
Baca juga: Bahagian 3 (Perjanjian Lama Diterjemahkan Ke Bahasa Syriak)
(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Christian Apologetics and Research Ministry bertajuk, "A Brief History of Bible Translations" yang ditulis oleh Luke Wayne bertarikh 17 April 2018)