Selasa, 14 Februari 2023

Sejarah Terjemahan Alkitab - Bahagian 3 (Perjanjian Lama Diterjemahkan ke Bahasa Syriak)


Kemungkinan pada akhir abad pertama atau kedua Selepas Masihi tetapi pastinya sebelum abad keempat, Perjanjian Lama juga telah secara berasingan diterjemahkan ke dalam satu dialek timur Aramaik yang penting yang dikenali sebagai bahasa Syriak.

Alkitab Terjemahan Syriak

Terjemahan ini menunjukkan tanda-tanda jelas tafsiran Yahudi, tetapi juga tidak diwarnai pengaruh guru-guru agama Yahudi (Rabbi) yang nyata dan telah cepat disambut dan disebarkan oleh orang-orang Kristian. Untuk sebab-sebab ini dan sebab-sebab lain, adalah tidak jelas samada terjemahan ini telah asalnya dihasilkan oleh orang-orang Yahudi, Kristian, atau suatu komuniti yang mengenali diri sebagai kedua-duanya.  

Apapun adalah menarik untuk memperhatikan bahawa meskipun terjemahan-terjemahan Aramaik sudah pun wujud, suatu terjemahan khusus ke dalam dialek Syriak dianggap patut dan diperlukan.

(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Christian Apologetics and Research Ministry bertajuk, "A Brief History of Bible Translations" yang ditulis oleh Luke Wayne bertarikh 17 April 2018)