Oleh Tamera Kraft:
Di manakah kanak-kanak harus berada kebanyakan waktu semasa di gereja? Saya fikir ada sebab-sebab yang penting mengapa kanak-kanak harus selalu berada di kebaktian umum gereja kita.
Saya seorang pendukung gereja kanak-kanak, dari dulu lagi. Adalah penting untuk mengadakan kebaktian kanak-kanak yang menarik bagi kelompok umur mereka atas pelbagai sebab. Namun begitu, ada suatu pergerakan di banyak gereja hari ini untuk selalu mengasingkan kanak-kanak daripada orang dewasa. Walaupun kanak-kanak harus ada gereja kanak-kanak di mana mereka belajar dan menyembah Tuhan, mereka juga perlu selalu berada dalam kebaktian umum dengan keseluruhan jemaat.
Berikut adalah lima sebab mengapa kita harus selalu membawa bersama kanak-kanak ke gereja (iaitu di dalam kebaktian umum):

1. Kanak-kanak tidak harus dipisahkan daripada kelompok ibadah utama semata-mata untuk kesenangan
Ini adalah satu sebab mengapa gereja-gereja mengasingkan kanak-kanak. Mereka mahukan kebaktian gereja yang profesional di mana orang-orang dewasa menikmati ibadah tanpa diganggu oleh kanak-kanak yang bising. Ini sepertinya betul, tetapi Kisah Para Rasul tidak pernah mengatakan mengenai mengadakan ibadah yang profesional, dan Alkitab juga tidak pernah mengatakan mengenai hanya memenuhi kepentingan diri kita sendiri semasa ibadah, tetapi Alkitab mengatakan mengenai tidak mengetepikan kanak-kanak.

2. Kanak-kanak adalah sebahagian daripada Tubuh Kristus
Tidak ada tertulis dalam Alkitab bahawa kanak-kanak adalah sebahagian daripada tubuh yang berasingan. Mereka adalah sebahagian penting daripada gereja dan tidak harus selalu dikecualikan apabila ada pertemuan gereja.
Semasa Perayaan Pondok Daun, seluruh Israel datang ke hadapan Tuhan untuk mendengar pembacaan Taurat supaya anak-anak juga akan mendengarnya dan belajar takut pada Tuhan. Dalam surat Paulus kepada orang-orang Efesus. dia memberi arahan terus kepada kanak-kanak untuk mentaati ibu bapa mereka. Dia menganggap mereka sebahagian daripada gereja dalam surat yang ditulisnya kepada mereka.

3. Kanak-kanak perlukan teladan orang-orang beriman bagaimana beribadah
Jika kanak-kanak tidak pernah melihat orang-orang dewasa beribadah dalam kebaktian umum, mereka tidak tahu bagaimana untuk beribadah dan apa yang patut mereka lakukan.

4. Kanak-kanak perlu merasakan diri mereka sebahagian daripada komuniti gereja
Jika kanak-kanak sentiasa dipisahkan dari tubuh Kristus, mereka tidak akan merasakan diri mereka sebahagian daripada komuniti gereja. Dan anggota-anggota gereja tidak akan mengenali anak-anak itu dan tidak menjadi teladan bagi mereka kecuali mereka melayani dalam pelayanan kanak-kanak.

5. Kanak-kanak yang tidak merasakan diri mereka sebahagian daripada komuniti gereja akan meninggalkan gereja apabila usia mereka meningkat
Bayangkan sahaja kejutan budaya bagi seorang kanak-kanak yang telah pergi ke gereja seumur hidupnya tetapi tidak pernah ke kebaktian umum. Dia telah ikut main permainan setiap Ahad, nyanyi lagu-lagu rancak, dan menerima setiap mesej atau kisah Alkitab yang disertai dengan lakonan pendik, bahan mengajar atau alat interaktif.
Tiba-tiba anak itu meningkat usia ke 10 atau 12 tahun, dan dalam kes tertentu 18 tahun. Dia sudah naik tingkatnya ke gereja umum. Muziknya di situ tak biasa didengarnya. Tidak ada permainan, lakonan atau gambar, hanya seorang lelaki yang tidak pernah ditemuinya yang berkhutbah selama setengah jam atau lebih. Dia tak kenal sesiapa di situ. Dan tiada gula-gulanya.
Anda dapat gambarannya? Itulah yang terjadi kepada seorang kanak-kanak yang tidak pernah mengikuti ibadah umum. Dalam masa beberapa bulan, mungkin juga beberapa minggu, dia membuat keputusan untuk tidak mahu lagi di situ. Jika ibu bapanya bertegas menyuruh dia terus hadir, dia akan tinggalkan gereja sebaik sahaja dia berusia 18 tahun. Jika tidak, dia akan pergi lebih awal lagi.
Dia akan mencari gereja yang dapat menghiburkannya dan tidak membosankan. Jika dia tidak menemukan gereja seperti itu, dia akan tinggalkan gereja terus. Ini mungkin sebabnya mengapa ramai anak-anak muda tidak lagi menghadiri gereja. Mereka tidak pernah menjadi sebahagian daripadanya.
(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Church Leaders bertajuk, "5 Reasons Children Belong In The Main Service Regularly" yang ditulis oleh Tamera Kraft bertarikh 19 Jun 2018)