Jumaat, 1 Januari 2021

Sesuatu Yang Baru Akan Terjadi Pada 2021


Pernahkah anda bermimpi mengenai bayi yang comel?

Itulah yang berlaku padaku! 

Pada awal pagi Ahad lepas (Ahad terakhir 2020), aku bermimpi mengenai seorang bayi perempuan yang comel. Bayi itu pintar, sudah berusia setahun dan pandai bercakap. 

Ketika aku bangun tidur, mimpi itu sangat jelas dalam fikiranku. Aku tahu itu bukan mimpi yang biasa, tetapi ada sesuatu mesej daripada Tuhan kepadaku.

Aku sudah mempunyai seorang anak perempuan, mengapakah Tuhan nak tunjukkan kepadaku seorang bayi perempuan yang berusia setahun? 

Dengan pantas aku mengerti maksud mimpi itu... Dalam kehidupan sebenar aku sudah mempunyai satu blog (domba2domba), dan kini Tuhan mahu tunjukkan kepadaku mengenai blog yang kedua yang akan kuusahakan. 

Sebenarnya, aku sudah memulakan sebuah blog baru (Kurnia2 Roh Kudus) pada Mac lalu, tetapi kerana kesibukan, sudah tidak aktif memuatkan artikel di dalamnya. 

Dan kini mimpi ini... aku merasa seperti Tuhan menunjukkan padaku bahawa blog baru itu akan mulai aktif di tahun baru ini. Seperti bayi dalam mimpi itu sudah setahun dan pandai bercakap, begitulah blog Kurnia2 Roh Kudus itu akan mencapai usia setahun dan akan mulai berbicara dengan lancar.

Aku tersenyum, begitu aku terdorong dan bersemangat. Sesuatu yang baru akan terjadi di Tahun Baru ini. Aku perlu menyiapkan diri untuk melaksanakan tugasan baru ini...

Jumpa lagi pada Tahun 2021 di blog domba2domba dan juga Kurnia2 Roh Kudus!