Kesaksian oleh Serene Foo:
30 Jun ke 2 Julai adalah malam-malam terbagus bagiku! Aku mengikuti Rali Penyembuhan Supernatural Encounter di Stadium MBPJ yang dipenuhi beribu-ribu orang. Aku dapat melihat dengan mataku sendiri bagaimana Tuhan bekerja menerusi doa dan iman. Orang buta melihat, orang tuli mendengar, yang timpang berdiri dan berlari. Ianya sesungguhnya detik paling sukacita untuk disaksikan.
Setiap kali apabila acara Kristian diadakan, perkara pertama yang timbul di fikiran ialah "Bawalah seorang kawan". Aku membawa tiga orang kawan, JT, Yan Ye dan YC. Yan Ye dan YC adalah Kristian dan kami pernah berkongsi mengenai Kristus kepada JT beberapa kali sebelum itu. Dia memberitahu kami, "Jika Tuhan menyentuhku, aku akan pergi ke rali itu."
Inilah JT |
Pada hari pertama acara itu, ketika JT sedang berjalan ke stadium, dia telah dilanggar oleh sebuah kereta dari belakang. Dia tidak mengalami kecederaan teruk, hanya luka-luka di kakinya dan siku kaki yang sakit sehingga dia berjalan terenjut-enjut. Apabila pastor itu berdoa semasa rali dan dia menanya siapa yang ingin menerima Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamat, JT yang duduk di sebelahku mengangkat tangannya dan aku terkejut dan tidak percaya!
Selepas rali itu, aku menanyanya bagaimana Tuhan telah menyentuhnya. Dia berkata bahawa Tuhan telah menyembuhnya! Tuhan telah menyembuhnya ketika pastor itu sedang berdoa dan kini siku kakinya sudah sembuh! Kesakitannya sudah hilang!
Kini JT menghadiri gereja di FGT Subang dan aku berdoa agar dia mencari Tuhan dengan setia. Tuhan baik.
Segala kemuliaan bagi-Nya! Amen!
Serene seorang pelajar di Kolej Methodist, Kuala Lumpur. Dia mengikuti kursus Pendidikan Pra-Sekolah.
(Diterjemah daripada artikel FGT Seremban bertajuk, "God Healed My Friend!" yang ditulis oleh Serene Foo bertarikh 7 Julai 2017)