Jumaat, 7 Julai 2017

Worship Night Bersama Sidney Mohede dan JPCC Worship


Sidney Mohede seorang penulis lagu dan pemimpin pujian yang telah menghasilkan best-selling album rohani sepanjang penglibatannya sebagai front-man band GMB (1996-2008) dan juga sebagai pemimpin pujian dalam True Worshippers / JPCC Worship sejak 1999 sehingga sekarang.

Beliau juga seorang speaker, pengajar dan pemimpin pujian undangan di pelbagai gereja, seminar dan konferensi bukan sahaja di Indonesia tetapi juga di Singapura, Malaysia, Jepun, Australia, Amerika Syarikat dan banyak lagi.


Mari bersama-sama Sidney dan JPCC Worship pada 26 Ogos 2017 (Sabtu) jam 7.30 malam di KL Baptist Church. Nikmati malam pujian penyembahan meninggikan nama Yesus bersama-sama. Hebahkan kepada rakan-rakan. Masuk adalah percuma!

(Diambil daripada artikel Hebats.com bertajuk, "Worship Night Bersama Sidney Mohede dan JPCC Worship" bertarikh 7 Julai 2017)