Selasa, 27 Jun 2017

Kebaktian Penyembuhan "Supernatural Encounter" Bersama Moldonado Pada 30 June - 2 Julai 2017


Kebaktian Penyembuhan "Supernatural Encounter" akan diadakan di Stadium MBPJ (Kelana Jaya) pada 30 Jun - 2 Julai 2017. Kebaktian ini di mana doa untuk orang-orang sakit dan kurang upaya yang disertai dengan iman pengkhutbah utama Guillermo Maldonado, dijangka akan menampakkan banyak tanda-tanda, keajaiban dan mukjizat. 

Maldonado dari King Jesus International Ministries, selama lebih 25 tahun, telah mengajar dan mengaktifkan orang-orang percaya di sekeliling dunia untuk mengalami dan menunjukkan realiti kuasa mukjizat Yesus Kristus untuk penyembuhan serta tanda-tanda dan keajaiban. Doa kami adalah agar Maldonado akan dipakai oleh Tuhan untuk membawa Gereja Malaysia dalam pertemuan yang amat diperlukan dengan manifestasi nyata kuasa luar biasa Tuhan. 

30,000 orang dijangka akan menghadiri pada setiap malam.

Gereja-gereja dari pelbagai denominasi telah gabung bersama untuk menyokong acara ini dan menjanjikan kehadiran ahli-ahli mereka, membawa bersama keluarga, kawan-kawan serta mereka yang mempunyai keperluan fizikal, mental atau rohani. 

Undangan juga diberikan kepada pihak awam, terutama mereka yang memerlukan satu sentuhan manifestasi luar biasa dan hadirat Tuhan dalam kehidupan mereka.




(Diterjemahkan daripada artikel Christianity Malaysia bertajuk, "Supernatural Encounter Healing Rally With Maldonado | 30th June - 2nd July 2017" bertarikh 31 Mei 2017)