Sabtu, 11 April 2020

Pesakit Covid-19: Tuhan Menghembus Ke Dalam Paru-Paruku Dan Menyembuhkanku


Pesakit koronavirus yang telah disembuhkan: "Tuhan Menghembus Ke Dalam Paru-Paruku dan Menyembuhkanku."

"Anda tahu saya di hospital selama lebih kurang 12 hari. Saya kira lebih kurang pada hari kelima atau hari keenam, para doktor memberitahu saya kami telah mencuba segalanya," dia menjelaskan. 

"Kami telah memberikan kamu segala antibiotik ini. Kami telah menjalankan semua ujian ini, dan dia berkata, 'Kamu hari ini lebih teruk daripada hari yang kamu masuk hospital," sambungnya lagi sambil menyatakan bahawa doktor itu menekankan betapa pentingnya untuk mengeluarkan cecair daripada paru-parunya. 

Pada detik itu, Bentley berkata dia mendengar Tuhan berkata kepadanya, "Kamu semakin pulih."

"Saya ingin beritahu anda, saya mendengar suara Tuhan memberitahu saya sambil doktor mengatakan itu," Dia berkata, "Kamu semakin pulih, kamu semakin pulih," katanya.

"Dan pada kira-kira pukul 3 pagi, saya sampai ke tahap di mana saya tidak dapat bernafas, dan saya beritahu anda saya rasa seperti ada seseorang lelaki yang berbaring di atas dada saya dan berat lelaki itu begitu berat sehingga mengambil nafas dari saya," kata Bentley.

"Maksud saya, ianya seperti saya tidak dapat bernafas lagi," katanya. "Dan kemudian secara tiba-tiba saya merasakan ini - saya merasa udara ditiupkan ke dalam paru-paru saya dan saya tahu sebagai orang percaya bahawa Tuhan ada bersama saya, dan Dia mulai menghembuskan udara ke dalam paru-paru saya dan saya mengambil nafas yang dalam."



Bentley memberitahu bahawa doktor datang pada pagi esoknya dan memberitahunya bahawa dia boleh dikatakan tidak ada lagi cecair dalam paru-parunya dan menanyakannya samada dia adalah seorang yang berdoa. 

"Doktor masuk pagi esok dan memeriksa saya dan dia berkata, 'Semalam kamu lebih teruk daripada sewaktu kamu masuk hospital dan saya datang hari ini dan boleh dikatakan tak ada cecair langsung dalam paru-paru kamu." 

"Dan dia menanya saya, katanya, 'Saya ingin tanya adakah kamu seorang yang berdoa,' dan saya berkata, 'Ya, tuan. Saya berdoa. Saya sentiasa berdoa," dia menjelaskan.

"Dan dia berkata, 'Ya saya telah dapati dalam kerjaya saya sebagai doktor apabila orang berdoa, tenaga positif itu menyebabkan tubuh mulai sembuh secara sendiri.'" 

Dan saya berkata, "Kamu boleh percaya itu jika kamu mahu, tetapi saya beritahu kamu Tuhan datang ke bilik saya malam tadi dan menyembuhkan saya." 

"Tetapi dia terluka oleh sebab segala pelanggaran kita,
dia dihancurkan oleh sebab segala kesalahan kita.
Pengajaran yang mendatangkan kesejahteraan bagi kita ditimpakan kepadanya
dan oleh bilur-bilurnya kita sembuh." - Yesaya 53:5 (AVB)

(Diterjemahkan daripada hantaran Facebook Johnny Itticheria bertarikh 30 Mac 2020)