Jumaat, 4 September 2020

Filem Black Panther Ramai Pelakon Kristian


Filem Black Panther yang memecah rekod jualan tiket di pawagam bukanlah filem Kristian, tetapi ramai daripada pelakonnya adalah lelaki dan wanita yang beriman. 

"Sewaktu rehat (dari penggambaran) kami berkongsi kesaksian bagaimana kami telah sampai ke tahap ini, dan kebanyakan orang bersaksi tentang mukjizat Tuhan," kata Sope Aluko, yang memain peranan Shaman dalam filem itu. "Ianya seperti kami di gereja."

Sope Aluko

Pelakon wanita kelahiran Nigeria itu yang telah dibesarkan di United Kingdom bukanlah satu-satunya Kristian di set penggambaran filem adiwira itu yang dialu-alukan sebagai pecipta sejarah baru bagi pelakon-pelakon kulit hitam yang dulunya selalu memainkan peranan kecil dan stereotaip. Baru-baru ini, filem itu telah menjadi filem Marvel yang ketiga paling tinggi jualan tiketnya. 

Dalam filem itu, Raja T'Çhalla adalah Black Panther dan belajar menyelamatkan dunia dan berubah dari masa lampau Wakanda yang mengasingkan diri, sebuah negara fiksyen yang diberkati dengan tahi bintang vibranium yang memberikan kepada mereka kuasa luar biasa. 

Pelakon yang memain peranan sebagai wira judul filem, Chadwick Boseman, menyatakan doalah yang telah mendapatkannya peranan sebagai Black Panther. 

Chadwick Boseman

"Anda berdoa untuk sesuatu dan kemudian ianya benar-benar terjadi, anda hampir-hampir tidak mempercayainya," Boseman memberitahu majalah Hunger. Äpabila mereka menghubungi saya, ianya seperti mimpi. Saya telah mencatat Black Panter dalam jurnal saya sebagai sesuatu yang saya ingin lakukan." 

Boseman mungkin kurang lantang mengenai imannya, tetapi pastornya dari sejak kecil di Welfare Baptist Church di Anderson, Carolina Selatan berkata apa yang Boseman lakukan sekarang adalah sambungan dari apa yang dia lakukan di gereja.

"Saya telah melihat dia menjadi matang dan menjadi lelaki dewasa," Pastor Samuel Neely memberitahu Christian Post. "Dia telah melakukan banyak hal-hal yang positif dalam gereja dan dalam komuniti," Neely berkata. "Dengannya menyanyi dalam koir, dengannya membantu dalam kelompok muda-mudi, dia sentiasa melakukan sesuatu, sentiasa membantu, sentiasa melayani. Itulah perwatakannya." 

Jadi wiranya adalah seorang Kristian. Yang peliknya pelakon yang melakonkan watak jahat juga memiliki latar belakang Kristian.

Michael B Johnson

Michael B. Jordan, yang ingin membela kematian ayahnya di tangan ayah Black Panther, memberitahu Essence bahawa dia telah membuat keputusan yang tepat pada usia 19 tahun untuk berpindah ke Los Angeles, di mana dia mendapat kesempatan menyertai uji bakat dan di kedudukan untuk mendapat peranan-peranan dalam filem. 

"Syukur kepada Tuhan saya melakukan itu," kata Jordan yang menjelaskan bahawa dia membesar di gereja dan menganggap dirinya "rohani."

Adik perempuan Panther, Shuri - pencipta yang mengolahkan potensi vibranium dalam pakaian, senjata dan kenderaaan adiwira - dilakonkan oleh Letitia Wright, yang menemukan Tuhan setelah menyedari bahawa lakonan adalah idolanya.

Letitia Wright


"Saya sedang mengalami banyak hal, waktu yang sangat sukar dalam hidup saya dan saya benar-benar perlu berehat dari berlakon sebab saya benar-benar mengidolakannya. Jadi saya berhenti daripadanya dan mengambil perjalanan untuk menemukan Tuhan dan perhubungan saya dengan Tuhan dan saya menjadi Kristian," pelakon British kelahiran Guyana itu memberitahu rancangan UK ITV, ""This Morning."

"Ianya benar-benar telah memberikan begitu banyak kasih dan cahaya dalam diri saya. Saya merasa terjamin dan saya merasa bahawa saya tidak memerlukan pengesahan daripada sesiapa yang lain atau daripada peranan yang saya perolehi," tambahnya. "Kebahagiaan saya tidak bergantung pada itu, ianya bergantung pada hubungan saya dengan Tuhan."

(Diterjemahkan daripada artikel God Reports bertajuk, "Black Panther Film Filled With Christian Actors" yang ditulis oleh Michael Ashcraft bertarikh 2 Mac 2018)