Sabtu, 5 September 2020

SOP Terkini Rumah Ibadat (3 Sep 2020) - Bukan Warganegara Dibenarkan Hadir Di Rumah Ibadat


Persekutuan Kebangsaan Kristian Evangelikal (NECF) telah memaklumkan gereja-gereja di bawah naungannya bahawa Prosedur Operasi Standard (SOP) dari Kementrian Perpaduan Negara yang dikemaskinikan pada 3 September 2020 membenarkan kehadiran warganegara dan bukan warganegara dalam rumah ibadat di seluruh negara. 

NECF mengingatkan gereja-gereja untuk terus mengamalkan penjarakan fizikal dan prosedur-prosedur lain dalam SOP yang dikeluarkan oleh Kementrian tersebut. Klik di sini untuk SOP yang telah dikemaskini dari Kementrian Perpaduan Negara.